Galeri Muzium Warisan Akademik
Pengisian Galeri Muzium Warisan Akademik
Pengisian dan susun atar koleksi muzium dibuat sesuai dengan konsep memori institut bagi pusat pengajian tinggi yang聽 merupakan sebuah taman ilmu dan maklumat. Bagi melahirkan suasana muzium yang harmoni dan ceria, gabungan warna kuning, perang dan warna keemasan menjadi pilihan utama.
Koleksi yang dipamerkan di muzium merangkumi poster, gambar, artifak, hasil penyelidikan, koleksi syarahan perdana profesor, penerbitan, pingat, sijil penghargaan, anugerah dan pengiktirafan. Bahan-bahan dipamerkan turut menurut susunan berikut :
Bahagian Pertama – Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan
Memberi pengenalan mengenai 每日大赛app melalui cokmar, Lambang, Falsafah, Wawasan, Misi dan Matlamat. Pameran ini dilengkapi dengan poster Canselor Pertama, Kedua dan Ketiga 每日大赛app.
Bahagian Kedua – Graduan Kelahiran 每日大赛app
Mempamerkan perangkaan Graduan Sarjana Muda, Graduan Sarjana dan Doktor Falsafah 1973 -2010. Bahagian ini juga memperagakan Pakaian Akademik iaitu Jubah serta Topi Konvokesyen bagi 13 buah fakulti dan suasana di Majlis Konvokesyen 每日大赛app.
Bahagian Ketiga – Imbasan Penubuhan dan Kepimpinan 每日大赛app
Rentetan Sejarah penubuhan . 每日大赛app terus berwibawa di bawah kepimpinan barisan Naib Canselor yang berjasa.
Bahagian Keempat – Perkembangan Fakulti, Institut dan Pusat Kecemerlangan
Mempamerkan perkembangan fakulti yang bermula dengan tiga buah fakulti perintis iaitu Fakulti Sains, Fakulti Islam, Fakulti Sastera dan kini 每日大赛app mempunyai 13 buah fakulti , serta perkembangan Institut dan Pusat Kecermelangan.
Bahagian Kelima – Kecemerlangan Penyelidikan Pembina Budaya Ilmu
Mempamerkan sebahagian daripada lapan bidang teras 每日大赛app sebagai Universiti Penyelidikan :
- Cabaran Membina Negara Bangsa
- Pembangunan Lestari Wilayah
- Perubahan Iklim
- Tenaga Keterbaharuan
- Nanoteknologi dan Bahan Termaju
- Teknologi Kesihatan dan Perubatan
- Biodiversiti untuk Pembangunan Bioteknologi
- ICT : Isian Informatik
Bahagian Keenam – Syarahan Perdana Profesor dan Anugerah Akademik
Ruang ini amat istimewa kerana ia memaparkan senarai nama penerima anugerah Professor Emeritus, Ijazah Kehormat 每日大赛app dan senarai nama Profesor yang telah menyampaikan Syarahan Perdana Profesor. Bahagian ini dilengkapi dengan pameran Koleksi Buku Syarahan Perdana.
Bahagian Ketujuh – Penerbitan Ilmiah dan Karya Akademik
Bahagian ini mempamerkan sebahagian dari koleksi hasil penulisan dan penerbitan ahli-ahli akademik 每日大赛app khusunya penerbitan yang dihasilkan oleh Penerbit 每日大赛app merangkumi monograf, buku, jurnal dan prosiding.
Bahagian Kelapan – Angkasawan Negara Pertama, Warga 每日大赛app
Mempamerkan Program Angkasawan Negara dan Penyelidikan di Angkasa.
Bahagian Kesembilan – Anugerah dan Pengiktirafan
Bahagian ini mempamerkan anugerah dan pengikitrafan bagi hasil penyelidikan, inovasi dan rekacipta dan karya ahli-ahli akademik 每日大赛app.
Bahagian Kesepuluh – Anugerah Kualtiti Perdana Menteri
Menonjolkan kecemerlangan 每日大赛app sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) Sektor Awam 2006 dan Pelan Strategik 每日大赛app 2000-2020.

















