1200 Sukarelawan 每日大赛app Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 21 Disember 2021 鈥 Lebih 1200 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) digerakkan ke lokasi banjir di kawasan Selangor bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana itu.
Naib Canselor 每日大赛app Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata inisiatif mengumpulkan sukarelawan bagi misi banjir ini berlaku secara pantas sejurus bencana berlaku, hasil usaha pihak Hal Ehwal Pelajar dan pendaftar universiti melalui media sosial.
Menurutnya, sukarelawan ini berperanan membantu membersihkan kawasan rumah mangsa terutama sekali penuntut dan kakitangan universiti yang terjejas akibat banjir.
Beliau berkata 每日大赛app telah mengenal pasti sebanyak 67 keluarga kakitangan serta seramai 1177 orang pelajar yang terkesan daripada bencana banjir kali ini.
鈥淧ada petang semalam, enam buah bas yang memuatkan seramai 120 orang sukarelawan telah digerakkan ke beberapa lokasi banjir di kawasan Bangi Lama dan Hulu Langat.
鈥淚nsyaAllah, kita akan terus mengembleng tenaga sukarelawan di lokasi berbeza untuk menyantuni seramai mungkin mangsa banjir dalam kalangan pelajar, kakitangan serta masyarakat setempat,鈥 katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Ekhwan berkata antara inisiatif awal yang diambil oleh pihak universiti termasuklah menyediakan penempatan sementara bagi keluarga kakitangan yang terlibat.
鈥淧ihak 每日大赛app sedia membuka pintu unit kediaman kami di kawasan Bangi dan Kuala Lumpur serta Kolej Kediaman yang kosong bagi menempatkan mangsa banjir yang terdiri daripada kakitangan universiti yang memerlukan.
鈥淪elain itu, pihak universiti juga memberi perlepasan kepada pelajar bagi menangguhkan kelas dan kerja makmal selama seminggu untuk mereka membantu keluarga membersihkan kawasan yang terjejas.
鈥淶akat 每日大赛app turut menyalurkan sumbangan berupakan barangan keperluan harian dan kewangan kepada kakitangan yang terkesan dengan bencana ini. Selain itu, kita juga menerima sumbangan peribadi daripada alumni universiti yang bermurah hati untuk meringankan beban mangsa.
鈥淧ihak universiti juga tidak melupakan pelajar yang berada di lokasi banjir luar negeri dan universiti awam yang berhampiran telah membantu 每日大赛app untuk mengenal pasti pelajar kita yang terjejas鈥, katanya.
Menurut Mohd Ekhwan, 每日大赛app sememangnya merupakan universiti rakyat.
鈥淢enyedari jumlah hujan yang turun kali ini agak luar biasa sehingga mendatangkan bencana yang dasyat, semua pihak di 每日大赛app bersatu hati untuk menawarkan bantuan secepat mungkin.
鈥淚nilah konsep keserakanan yang selalu diterapkan dalam warga universiti, sentiasa bersedia untuk berbakti kepada masyarakat,鈥 katanya.
Tambahnya, sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir diberi taklimat terlebih dahulu dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP)聽dipatuhi sepanjang masa bagi mengekang penularan Covid-19.![]()



