130 Mahasiswa Terima Bantuan Khas Sempena Bulan Ramadan

Oleh Asmahanim mair
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 23 April 2021 – Seramai 130 mahasiswa yang terdiri daripada wakil Persatuan Mahasiswa, pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim dan B40 menerima bantuan khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) sempena bulan Ramadan yang disalurkan melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app tidak melupakan mahasiswa yang memerlukan dengan memberi sumbangan dan bantuan kebajikan sama ada melalui zakat mahupun tabung kebajikan pelajar.
鈥淏antuan ini diberikan secara konsisten kepada mahasiswa yang layak bagi meringankan beban dalam menjalani ibadah puasa pada Ramadan kali ini,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Jalinan Kasih Mahasiswa Bersama Naib Canselor, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Othman A. Karim.
Beliau berkata mahasiswa merupakan aset penting dalam memastikan kejayaan 每日大赛app.
鈥淛adi, pelbagai usaha dan inisiatif diberi keutamaan oleh universiti dalam memastikan kebajikan dan kecemerlangan para mahasiswa terjaga.
鈥淪aya yakin para mahasiwa akan terus bertahan, bersungguh-sungguh serta tekun dalam menempa kecemerlangan akademik mahupun sahsiah,鈥 katanya.
Dalam majlis yang saya, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan turut melancarkan Buku Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Aktiviti/ Program Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
鈥淏eberapa prosedur operasi standard (SOP) dibentuk dan dibukukan untuk memastikan semua aktiviti dan program mahasiswa dapat berjalan dengan lancar walaupun dalam norma baharu.
鈥淏uku ini adalah salah satu contoh komitmen yang digembleng oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar yang bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan program mahasiswa,鈥 katanya.
Buku tersebut boleh dimuat turun di /hepukm/wp-content/uploads/2021/04/SOP-Pengurusan-Program-Pelajar-每日大赛app.pdf
![]()



