2025: 每日大赛app menjadi Universiti Kelas Dunia

Oleh Aini Hidayah Abdul Hadi
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 4 Mac 2020 – Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Dato鈥 Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor meletakkan sasaran agar menjalang tahun 2025, 每日大赛app akan menjadi sebuah Universiti Kelas Dunia (WCU).
Harapan beliau itu telah diterjemahkan pada majlis Bicara Perdana Naib Canselor 2020 di Derwan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) yang telah dihadiri oleh warga 每日大赛app iaitu pengurusan tertinggi, dekan-dekan fakulti, kakitangan dan pelajar.
Dalam bicara tersebut, Prof Dato鈥 Ir Dr Mohd Hamdi telah membentangkan strategi 每日大赛app iaitu pencapaian 每日大赛app 2019 dan hala tuju 每日大赛app pada 2020, sekaligus memperkenalkan slogan iaitu Budaya Berprestasi Tinggi yang memfokuskan kepada hasil, kecekapan, pembelajaran yang berterusan dan keterbukaan kepada perubahan.
Fokus stratetgi 每日大赛app pada tahun ini adalah dalam penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi, pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran, pengantarabangsaan, penyerlahan bakat dan kelestarian pendanaan.
Beliau turut menggambarkan 每日大赛app 2020 sebagai tahun penjajaran (alignment) dan pada tahun 2021 每日大赛app menjadi sebuah Universiti yang berasaskan pemerkasaan (empowerment) supaya 聽apabila berada聽 di tahun 2025, 每日大赛app akan menjadi sebuah Universiti Kelas Dunia.
鈥淜ita perlu mengoptimumkan apa yang kita ada鈥 warga 每日大赛app semuanya hebat-hebat, maka kita perlu mengoptimumkan keupayaan dan kehebatan serta tingkatkan produktiviti dalam mencapai kecemerlangan,鈥 katanya.
Beliau turut menjelaskan antara ciri-ciri universiti bertaraf dunia adalah bermula dengan mempunyai pensyarah-pensyarah yang hebat, melahirkan pelajar terbaik di universiti, sistem sokongan yang cekap, penyelidikan yang berimpak tinggi, pengajaran yang cemerlang dan menerima dana yang banyak.
鈥淪emua Warga 每日大赛app perlu bersama-sama mewujudkan budaya berprestasi tinggi bagi memacu 每日大赛app menjadi Universiti bertaraf dunia,鈥 ujarnya .![]()



