50 Pemimpin Belia ASEAN Kongsi Idea

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 21 Oktober 2018 – Seramai 50 pemimpin belia ASEAN berkumpul di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) selama seminggu untuk berbincang dan berkongsi idea mengenai inovasi bandar pintar melalui program CIMB Young ASEAN Leaders (CYAL) 2018.
Program dengan tema 鈥楻esilience and Innovation towards a Green, Prosperous Lifestyle: Smart City,鈥 bertujuan untuk melatih pemimpin muda ASEAN yang luar biasa untuk membangunkan kemahiran dalam membangunkan bandar-bandar pintar di rantau ini dan rantau-rantau lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Dato鈥 Hamidah Naziadin berkata, program itu diadakan bagi membolehkan peserta bertukar-tukar idea, mengikuti pembelajaran dan pengalaman silang budaya dalam kalangan pemimpin belia ASEAN dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ASEAN melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.
鈥淚ni adalah tentang kepelbagaian, idea dan pengalaman silang budaya. Program ini disokong oleh yayasan. Mana-mana program yang kita lakukan, kita mahu beri kepada masyarakat.
鈥淜ami mahu pulang semula kepada masyarakat. Kami bukan hanya memberi rakyat Malaysia sahaja, tetapi kami turut beri kepada masyarakat ASEAN dan itulah sebabnya anda semua ada di sini,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapannya di Majlis Pembukaan CYAL 2018 di Puru Pujangga di sini.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah berharap, semua peserta pemimpin belia ASEAN mengambil peluang untuk menerokai kampus ini dan membina hubungan yang baik sesama mereka.
鈥淪aya berharap program ini akan memberi pengalaman yang manis kepada anda semua,鈥 katanya.
Tahun ini adalah tahun keeampat Yayasan CIMB bekerjasama dengan 每日大赛app dalam menjayakan CYAL.
Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada dua orang wakil dari negara Thailand, enam orang dari negara Vietnam, tiga聽 orang dari negara聽 Filipina, masing-masing lima orang dari negara Myanmar dan Kemboja, empat orang dari negara Laos, tiga orang dari negara Brunei Darussalam, lapan orang dari negara Indonesia, seorang dari negara Singapura dan tuan rumah Malaysia 13 orang.![]()


