65 Pelatih Kor SUKSIS 每日大赛app Ditauliah Inspektor Sukarelawan PDRM

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 29 Disember 2021 鈥 Seramai 65 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ditauliahkan Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS bagi tahun 2021.
Majlis tersebut menyaksikan 33 pelatih lelaki dan 32 pelatih perempuan menerima watikah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Mazli Mazlan.
Menurutnya, pelatih Kor SUKSIS perlu menjalani latihan selama tiga tahun atau enam semester yang melibatkan 672 jam secara keseluruhannya dengan modul yang ditetapkan antaranya, latihan kawad, latihan senjata, kursus asas pasukan gerakan am, dan program khidmat masyarakat.
鈥淧elatih Kor SUKSIS diyakini mampu untuk menjadi seorang graduan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi, membentuk sahsiah cemerlang ke arah menjadi pemimpin berkaliber serta berpengetahuan dalam bidang kepolisan,鈥 katanya.
Mazli juga turut menggalakkan pelatih supaya memilih bidang kepolisan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian.
鈥淪aya amat berharap pelatih Kor SUKSIS 每日大赛app dapat menceburkan diri dalam dunia kepolisan dengan menjadikan kerjaya kepolisan sebagai pilihan utama.
鈥淧elatih boleh memohon untuk menjawat jawatan sebagai seorang pegawai polis berpandukan kepada tawaran pengambilan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk berkhidmat sebagai seorang pegawai polis.
鈥淧engalaman menjalani latihan selama tiga tahun di dalam Kor SUKSIS akan menjadi satu kelebihan dalam proses saringan dan temuduga yang dijalankan,鈥 tambahnya.
Naib Canselor 每日大赛app Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman turut berbangga kerana 每日大赛app mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah turut diterapkan dengan ilmu kepolisan melalui Kor SUKSIS.
鈥淪aya yakin dan percaya penerapan nilai ilmu dalam bidang kepolisan ini juga akan melatih dan mendidik mahasiswa untuk menjadi lebih berdisiplin.
鈥溍咳沾笕黙pp sentiasa memberi penekanan terhadap pembentukan modal insan yang seimbang dan holistik terutama dalam kalangan mahasiswa. Penekanan ini bertujuan untuk memastikan mereka benar-benar menjadi modal insan yang memiliki ciri-ciri progresif, mengutamakan nilai etika dan bermoral tinggi,鈥 katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi merangkap Komandan Kor SUKSIS 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad.
Sejak penubuhan Kor SUKSIS 每日大赛app pada 30 Mei 2005, seramai 754 orang pelatih telah berjaya ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis.![]()



