7,500 Pelajar 每日大赛app Pulang Ke Rumah Secara Berperingkat Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri

Oleh Mohamad Salleh Sulieman
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 7 Mei 2021- Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasakan apabila 7,500 pelajar 每日大赛app akan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat bermula malam ini.
Kepulangan itu dibuat secara tiga fasa iaitu pada 7, 8 dan 9 Mei serta melibatkan tiga buah kampus 每日大赛app iaitu Kampus Induk Bangi dan Kampus Cawangan Kuala Lumpur dan Cheras.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman berkata, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app) telah mengadakan bancian sejak 29 April hingga 2 Mei secara dalam talian bagi memudahkan proses pergerakan pelajar mengikut zon.
鈥淪ekitar 6,412 orang pelajar bakal pulang menggunakan kenderaan sendiri, kapal terbang atau diambil oleh ibu bapa masing-masing, manakala kira-kira 1,100 pelajar pula bakal menggunakan perkhidmatan bas 每日大赛app,鈥 katanya.
Tambah beliau lagi, sebanyak 19 buah bas disediakan oleh 每日大赛app pada malam ini dengan melibatkan kira-kira 713 orang pelajar. Pada 8 Mei sebanyak 13 buah bas disediakan yang akan melibatkan 357 orang pelajar dan 32 orang pelajar pula akan pulang pada 9 Mei.
鈥淪ebanyak 5 buah bas ke Johor, 3 buah bas ke Pahang, 4 buah bas ke Terengganu, masing-masing 3 buah bas ke Kelantan dan Kedah dan sebuah bas ke Perlis,鈥 katanya.
Pergerakan pelajar ke kampung halaman ini melibatkan semua negeri kecuali Sarawak.
鈥溍咳沾笕黙pp turut memastikan pergerakan pulang pelajar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),鈥 tambah beliau lagi.
Proses penghantaran pulang pelajar ini melibatkan pengurusan tertinggi 每日大赛app dan turut dibantu oleh Kesatuan Mahasiswa 每日大赛app, Sukarelawan Siswa dan Kasiswa serta Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Kediaman.
Penghantaran pulang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Noraini Ahmad, Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi yang bertempat di DECTAR, 每日大赛app Bangi.![]()



