ÿÈÕ´óÈüapp

Ahli Akademik ÿÈÕ´óÈüapp Diraikan Pakarunding

Oleh Radzuan Ghazali
Foto Muhammad Izwan Azman

ÿÈÕ´óÈüapp Academics Feted By PakarundingBANGI, 13 Mac 2015 – Seramai 40 orang warga akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) yang telah memberi khidmat sebagai pakarunding diraikan dalam suatu Majlis Apresiasi Perunding di Hotel Puri Pujangga di sini malam tadi.

Mereka adalah dari pelbagai fakulti dan institut dan diraikan oleh ÿÈÕ´óÈüapp Pakarunding untuk menghargai jasa mereka sebagai perunding kerana telah banyak menjalankan kerja-kerja perundingan bagi agensi luar.

Pengerusi Lembaga Pengarah Pakarunding Prof Dato’ Dr Mohd Marzuki Mustafa yang juga Pengarah Pusat Strategi ÿÈÕ´óÈüapp dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mirza Safri Sufian telah hadir di majlis itu.

Prof Marzuki berkata komitmen yang ditunjukkan oleh anggota akademik sebagai perunding adalah wajar dan dialukan kerana ia dapat menyokong urusan mereka menjalankan penyelidikan serta memberi khidmat kepada agensi dan badan yang memerlukan.

Komitmen demikian adalah penting kerana setiap tahun Kementerian Pendidikan telah memotong peruntukan belanjawan universiti dan wajarlah ahli akademik ÿÈÕ´óÈüapp sebagai perunding membantu mendapatkan dana untuk menjalankan penyelidikan, tambah beliau.

Prof Marzuki menyeru ahli akademik yang muda mempelajari daripada yang berpengalaman supaya mudah menjalankan kerja perundingan dari semasa ke semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Pakarunding, Mirza Safri Sufian yang turut berucap berkata majlis itu adalah untuk menghargai sumbangan kepakaran dan komitmen warga akademik melaksanakan khidmat rundingan melalui ÿÈÕ´óÈüapp Pakarunding bagi tahun 2013 dan 2014.

ÿÈÕ´óÈüapp Pakarunding, katanya, yang telah beroperasi sejak 2002 amat mengalukan penglibatan warga akademik sebagai pakarunding kerana berjaya memenuhi bukan sahaja sasaran penjanaan tetapi telah mempertingkatkan citra dan imej ÿÈÕ´óÈüapp di pihak industri.

Beliau berkata kegiatan demikian boleh memberi impak baik kepada operasi ÿÈÕ´óÈüapp menawarkan kepakaran yang khusus kepada agensi di luar.

Mirza yakin promosi yang dijalankan oleh ÿÈÕ´óÈüapp Pakarunding akan memberi ruang kepada anggota akademik ÿÈÕ´óÈüapp menawarkan kepakaran mereka dalam bidang perundingan.

Timbalan-timbalan Naib Canselor Prof Ir Dato’ Dr Riza Atiq OK Rahmat (Hal-ehwal Akdemik dan Antarabangsa), Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof Dr Imran Ho Abdullah (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) telah hadir di majlis itu.
ukmnewsportal-bm