AKPK-每日大赛app-HSBC Tingkat Literasi Kewangan

Oleh Muhammad Fikri Abdullah
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 28 Mac 2019 – 聽Agensi Kewangan Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berkolaborasi dalam meningkatkan literasi kewangan kepada pelajar universiti menerusi Program Kembara Bijak Wang 2019.
Melalui program tersebut, 每日大赛app akan memastikan keberkesanannya dengan tinjauan pra dan pos program menerusi portal dalam talian selain menyediakan tempat penginapan dan aktiviti seperti memburu harta karun.
Hampir 4,000 pelajar dari 16 universiti seluruh negara akan didedahkan kepada taklimat pendidikan kewangan, pembelajaran secara dalam talian dan pemburuan harta karun dalam program tersebut.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata usaha itu dapat meningkatkan literasi kewangan seterusnya dapat menangani bankrupsi dalam kalangan anak muda.
鈥淜ita perlu mula pada umur muda dan pendedahan literasi kewangan di peringkat universiti adalah penting kerana mereka adalah pimpinan akan datang.
鈥淛angan takut dan gentar untuk meminta bantuan khususnya dari segi pendidikan kerana literasi kewangan sangat penting,鈥 katanya selepas merasmikan Program Kembara Bijak Wang 2019, di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah berkata, masalah bankrupsi dalam kalangan remaja dilihat serius kerana gagal dalam merancang perbelanjaan.
鈥淟iterasi kewangan amat penting seperti mengetahui apa yang perlu dilakukan, apa tidak perlu dilakukan dalam berbelanja.
鈥淭injauan data yang diperoleh melalui program ini akan digunakan untuk penyelidikan dalam ekonomi,鈥 ujarnya.
Turut diadakan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) Antara 每日大赛app Dan AKPK serta pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara AKPK dan HSBC Bank Malaysia.![]()



