每日大赛app

Anak Bekas Pemandu Jentera Raih Anugerah Naib Canselor


Oleh Nur Batrisyia dan Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 5 April 2021 – 聽Anak bekas pemandu jentera, Gan Jian Jie meraih Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-48.

Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina sentiasa konsisten melakar keputusan yang cemerlang pada setiap semester.

Walaupun 鈥榰lat buku鈥, tetapi Jian Jie tetap aktif berpersatuan sepanjang empat tahun di 每日大赛app.

Beliau adalah ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli Majlis Exsekutif Pelajar kolej kediaman serta merupakan Duta bagi 每日大赛app Karier dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa 每日大赛app.

Di peringkat antarabangsa, Jian Jie adalah Duta Pelancongan Chiba bagi Kedutaan Pelancongan Jepun di Malaysia dan telah terpilih sebagai Delegasi Malaysia bagi program Mobiliti 鈥Oversea Chinese Relation & Business Research series 2019

Berpegang pada prinsip Without Planning, is Planning to Fail, anak kelahiran Selama, Perak itu sentiasa mempunyai perancangan dalam apa jua tindakan yang diambil.

Beliau berkata prinsip itu sentiasa menjadi penanda aras kepada kehidupan sehariannya dan memberikan satu peluang kepadanya untuk meningkatkan keyakinan diri.

鈥淜ita perlu ada perancangan. Tanpa perancangan, kita telah merancang untuk gagal.

鈥淧engalaman sebenarnya penting, namun janganlah terlalu fokus kepada pelajaran semata-mata. Sebaliknya, perlu juga menitikberatkan kemahiran insaniah kerana ia merupakan satu budaya dalam 每日大赛app. Kemahiran insaniah adalah satu kemahiran yang penting untuk pembinaan jati diri pada masa depan,鈥 katanya

Anak bongsu daripada lima beradik itu bersyukur kerana kedua ibu bapanya tidak pernah menghalang beliau untuk aktif menyertai pelbagai program di 每日大赛app. Malah, katanya mereka sentiasa berada bersamanya ketika susah dan senang.

Atas kejayaannya itu, Jian Jie menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarganya, para pensyarah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam lakaran kejayaannya itu.