Atlet Olimpik Negara Ketuai Bacaan Ikrar, Sambung Belajar di 每日大赛app

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 6 Oktober 2021 鈥 Atlet Olimpik Negara bagi acara terjun papan anjal, Nur Dhabitah Sabri mengetuai bacaan ikrar pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) pada Majlis Amanat Naib Canselor Minggu Mesra Mahasiswa.
Beliau merupakan antara pelajar baharu yang terpilih untuk mengikuti pengajian di 每日大赛app dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) bagi sesi akademik 2021/2022.
Atlet yang mendapat tempat keempat pada Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini berkata dia memilih 每日大赛app kerana yakin dengan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan yang ditawarkan oleh universiti.
Beliau menjelaskan bahawa beliau akan berbincang bersama jurulatih dan pensyarah supaya tumpuannya dalam aspek sukan dan pendidikan tidak terjejas.
“Saya akan berbincang dengan jurulatih saya khususnya mengenai jadual kelas di 每日大赛app. Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam pendidikan. Pada akhirnya, pendidikan adalah amat penting bagi saya,” katanya.
Nur Dhabitah merupakan antara calon yang berjaya melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Proses APEL membabitkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman. Pembelajaran ini boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi serta lain-lain.
Dalam pada itu, Naib Canselor Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app telah menerima sebanyak 43,230 permohonan, tetapi hanya 6,225 pelajar sahaja yang dipilih bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan Diploma Pascasiswazah.
Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 4,363 pelajar telah bersetuju menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke 每日大赛app.
鈥淧roses pendaftaran dibuat secara dalam talian bermula 1 hingga 7 Oktober berikutan negara masih belum pulih daripada pandemik COVID-19,鈥 katanya.
Beliau berkata walaupun pendaftaran dibuat secara dalam talian, tetapi 每日大赛app bersedia dan giat melakukan persiapan untuk menerima kemasukan semua pelajar yang berkeperluan ke kolej kediaman mulai 15 Oktober ini secara berperingkat.![]()

