Barisan Majlis Perwakilan Pelajar 每日大赛app Sesi 2017-2018 Terima Watikah

Berita dan Foto oleh Abd Raai Osman
BANGI, 9 Oktober 2017 鈥 Adib Ashman Burhan Burhanudin yang telah memenangi Kerusi Umum pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2017-2018 yang diadakan pada 19 September lepas telah menerima watikah sebagai Presiden MPP bagi sesi tersebut.
Beliau akan dibantu oleh Mohd Fathi Akmal Mohd Zaid, Ng Cheng Wei dan Salwa Hanapi yang telah dipilih sebagai Naib Presiden MPP, manakala Muhammad Naemmudin Zakaria dilantik sebagai Speaker.
Dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP 2017-2018, Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali meminta agar barisan baharu MPP mencabar kelaziman dan bertindak daipada kebiasaan.
鈥淪etiap pelajar perlu menonjolkan kreativiti dan keunikan diri serta berani membezakan diri dari ribuan yang lain.
鈥淯ntuk menjadi 鈥楶ayung Merah鈥, saudara saudari perlu berjuang dengan jiwa yang besar, keluar dengan 鈥楯iwa 每日大赛app鈥 dan keluar dengan kebitaraan yang hebat. Jangan lupa聽 tanggungjawab utama untuk menjadi graduan Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Beliau turut mengingatkan kepada pemimpin mahasiswa agar menanam dan semarakkan semangat cintakan 每日大赛app.
Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan dalam ucapannya juga telah mengucapkan penghargaan kepada barisan MPP 2016-2017 di bawah pimpinan Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abbidin yang telah menjalankan tugas dengan baik.
Beliau berharap pengalaman memimpin MPP dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meniti kehidupan masa hadapan.![]()

