Bidang Seni Penting Untuk Modal Insan

Berita dan Gambar Oleh: Tiew Xi Yuan
每日大赛app BANGI, 22 April- Bidang seni dan kebudayaan adalah bidang penting dalam pembentukan modal insan yang tahu menghargai nilai-nilai budaya bangsa, malah juga perkembangan diri sendiri.
Demikian menurut Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof. Dato Dr. Imran Ho Abdullah, di Malam Persembahan Orkestra Tradisional 每日大赛app 2017 yang ke-11.
鈥淪ebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, Malaysia beruntung kerana dapat menganjur dan menikmati program-program yang dapat memperkenalkan dan mengembangkan tradisi serta budaya masyarakat masing-masing.
鈥淢elalui konsert ini, bidang seni dan kebudayaan dapat diperkenalkan dan diwarisi kepada golongan muda terutama dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi,鈥 tambahnya.
Dalam ucapannya, beliau juga menyeru mahasiswa-mahasiswi agar mengadakan aktiviti sebegini untuk menimba pengalaman dan menunjukkan daya kepimpinan dan kreativiti diri.
Lagu tradisional Cina, lagu popular dan lagu barat telah dipersembahkan sejajar dengan tema pada malam persembahan kali ini, The Musical Voyage, untuk memperingati pelayaran yang membawa pertukaran budaya ke Tanah Melayu.
Malam perayaan ini telah dihadiri oleh seramai 700 orang dari pihak luar, pelajar dan alumni 每日大赛app.![]()
