Biobank Terbesar di Asia Tenggara Berpengkalan di 每日大赛app

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
CHERAS, 21 Februari 2019 鈥 Biobank terbesar di Asia Tenggara yang menyimpan berjuta-juta 听spesimen darah dan urin untuk kajian penyelidkan adalah berpangkalan di Institut Perubatan Biologi Molekul (UMBI), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PP每日大赛app).
Pro Naib Canselor 每日大赛app Kampus Kuala Lumpur, Prof Datuk Dr A. Rahman A. Jamal berkata, Biobank UMBI mempunyai 35 buah tangki cecair nitrogen bersuhu – 196 darjah celcius dan 38 peti sejuk beku dengan suhu – 80 darjah celcius.
鈥淜ita telah menyimpan spesimen lebih 120,000 orang sukarelawan di seluruh Malaysia. Setiap individu, kita simpan 45 tiub darah. Jumlah keseluruhan tiub darah yang ada di sini (biobank) ialah lebih enam juta tiub.鈥
鈥淪emua spesimen yang disimpan di biobank ini adalah untuk penyelidikan dalam pelbagai bidang perubatan. Ini adalah sumber penyelidikan yang amat bernilai kepada negara. Kita perlu berbangga kerana biobank UMBI menjadi rujukan di peringkat antarabangsa,鈥 katanya.
Beliau berkata, Biobank UMBI ditubuhkan selari dengan projek The Malaysian Cohort iaitu projek saringan kesihatan terbesar di Malaysia yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 2005 dan merupakan kehendak Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu yang mahu melihat Malaysia terlibat dalam konsortium penyelidikan yang terbesar di peringkat dunia.
Katanya, biospesimen yang disimpan di sini (biobank) adalah sangat bernilai tinggi kerana penyelidikan dapat dilakukan dalam pelbagai bidang.
鈥淐ontohnya, kalau kita nak mengkaji risiko dari sudut genetik tentang penyakit kencing manis (diabetis), kita perlu spesimen yang besar. Kita memerlukan sebanyak 3,000 sampel darah pesakit kencing manis dan 3,000 lagi sampel darah individu yang tak ada kencing manis untuk dibuat perbandingan.
鈥淛adi, kalau kita tidak ada biobank, kita terpaksa memulakan dengan pengumpulan sampel tersebut. Sekarang ini kita dah ada sampel yang disimpan di biobank. 听Jadi, sesiapa sahaja yang nak buat penyelidikan seperti ini sudah tidak perlu mengambil masa yang lama,鈥 terangnya.
Prof Datuk Dr A. Rahman menjelaskan bahawa kelebihan yang ada pada biobank ini adalah Malaysia mempunyai tiga etnik kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.
鈥淜ita boleh membuat perbandingan secara terus ke atas perbezaan status penyakit ketiga-tiga kumpulan etnik ini dari sudut apa yang kita nampak iaitu sudut fizikal dan biologinya.听 Tidak banyak negara lain yang mempunyai potensi seperti ini,鈥 katanya.
Katanya, beliau berbangga kerana 每日大赛app diberi mandat untuk mengetuai Projek The Malaysian Cohort听 dan biobank kini berada di 每日大赛app.
鈥淧ada saya nilai yang kita nampak adalah bagaimana kita memberi peluang kepada penyelidik-penyelidik dari seluruh negara sama ada Universiti Awam atau Swasta atau pihak industri dapat bersama-sama mempotensikan biobank ini dari sudut analisa, sama ada analisa big data atau analisa ke atas spesimen yang kita ada,鈥 katanya.![]()

