每日大赛app

CIMB- 每日大赛app Tanam 7,000 Anak Pokok Bakau


Oleh Salleh Sulieman
Foto Izwan Azman

KUALA SELANGOR, 20 Jun 2022- Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan Yayasan CIMB dalam usaha memulihara persisiran pantai negara ini menyaksikan 7,000 anak pokok kayu bakau ditanam di Taman Alam Kuala Selangor, semalam.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata, inisiatif ini menyediakan ruang dan peluang untuk kerjasama strategik antara akademia dengan pelbagai pemegang taruh di pihak kerajaan, swasta dan korporat serta komuniti tempatan.

鈥淪aya berharap program seperti ini mencapai hasratnya dan menjadi contoh kepada program-program berimpak lain dalam usaha melestarikan alam sekitar, menjamin dayahuni komuniti setempat dan membantu mitigasi dan adaptasi perubahan iklim,鈥 katanya semasa majlis pelancaran Inisiatif Pemulihan Hutan Bakau Yayasan CIMB – 每日大赛app di Taman Alam Kuala Selangor.

Kerjasama tersebut dilaksanakan melalui Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), 每日大赛app.

鈥淪aya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan CIMB dan LESTARI 每日大赛app yang telah bekerjasama bagi merintis dan melestarikan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau melalui platfrom korporat tanggungjawab sosial,鈥 katanya.

Lebih 200 individu dari CIMB dan 每日大赛app terlibat dalam acara penanaman anak pokok bakau, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB Tuan Mohamed Rafe Mohamad Haneef berkata, inisiatif yang dilancarkan ini adalah tepat pada masanya.

Menurutnya, ini sejajar dengan komitmen Yayasan CIMB yang bertanggungjawab mengurangkan kesan perubahan iklim global, mempromosikan kelestarian, dan memberi perhatian pada alam sekitar.

Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Goh Choo Ta, Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Dr. Ahmad Aldrie Amir, Ketua Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) merangkap Ketua Projek Yayasan CIMB- LESTARI 每日大赛app, dan Encik Maichal Istabien Sawaminathan Pengurus, Taman Alam Kuala Selangor.