COVID-19 Bukti Pentingnya Keperluan Digital – Pengerusi LPU ÿմapp

Oleh Santhiyah Chandran
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 1 Oktober 2021 – Pandemik COVID-19 yang melanda dunia hampir dua tahun lalu telah membuktikan kepentingan keperluan digital dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan memudahkan semua urusan bagi semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak sehingga warga emas, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata hikmah disebalik pandemik itu menyaksikan semua lapisan masyarakat telah mula celik IT di mana anak-anak sekolah seawal tadika telah didedahkan dengan pembelajaran secara dalam talian menggunakan google classroom, google meet dan sebagainya.
“Golongan dewasa yang bekerja diperkenalkan dengan platform zoom, ms team, webex dan sebagainya bagi melancarkan aktiviti bekerja dari rumah. Tidak ketinggalan, warga emas juga mendapat pendedahan yang sama dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2021, baru-baru ini.
Katanya, beliau amat bangga terhadap warga emas yang berusia 60 tahun dalam kalangan masyarakat terutamanya pesara-pesara ÿմapp yang masih sihat dan produktif serta masih menyumbang kepada kecemerlangan ÿմapp.
“H-CARE (Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan) ÿմapp bersama-sama Pusat Aktiviti Warga Emas ÿմapp (PAWE-ÿմapp) yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Mohd. Wahid Samsudin telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk warga emas ÿմapp dan masyarakat sekitar Bangi.
“Program terkini yang dijalankan adalah Kursus Pencegahan Dimensia yang baru bermula pada minggu lepas. Penganjuran program ini diharap dapat menjadikan PAWE-ÿմapp sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat.
“Semua aktiviti yang dijalankan bersama PAWE-ÿմapp turut mendapat sokongan dari Persatuan Pesara ÿմapp yang dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Dr. Anwar Ali, yang juga merupakan mantan Naib Canselor ÿմapp. Pihak universiti sentiasa menyokong usaha yang telah dijalankan oleh H-CARE ÿմapp dan PAWE-ÿմapp,” katanya.
Beliau berkata aktiviti-aktviti yang berterusan yang telah dilaksanakan oleh H-CARE dan PAWE ÿմapp itu merupakan suatu platform yang akan mewujudkan eko-sistem yang menyokong warga emas produktif menjalani penuaan sihat.
Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2021 adalah anjuran bersama antara H-CARE dan PAWE-ÿմapp dengan tema “Kesaksamaan Digital Untuk Semua Usia”.![]()


