ÿմapp

Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim dilantik Profesor Adjung Fakulti Pendidikan ÿմapp


Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan

BANGI, 29 September 2021 – Pengarah Eksekutif Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) untuk tempoh dua tahun.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata pelantikan itu merupakan usaha berterusan ÿմapp untuk memperkasa dan memperkukuhkan kebitaraan fakulti dengan melantik tokoh yang cemerlang dalam bidang akademik, profesionalisme, tadbir urus institusi serta jaringan masyarakat.

“Pelantikan ini juga akan menyemarakkan semangat dan motivasi ahli akademik ÿմapp untuk mengekal dan terus memacu kecemerlangan akademik Universiti Watan kebanggaan negara ini,” katanya semasa menympaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan ÿմapp, di sini.

Katanya, ÿմapp yakin dengan pelbagai jawatan terdahulu di peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa, Dato’ Sri Dr. Irmohizam akan mampu menyumbang idea, kepakaran dan berkongsi kepakaran bersama ÿմapp dalam tadbir urus, jaringan dan khidmat masyarakat.

“Kepakaran dan pengalaman dalam tadbir urus universiti dalam dan luar negara telah memberi keyakinan yang tinggi kepada pengurusan ÿմapp agar Dato’ Sri dapat menyumbang kepada kecemerlangan ÿմapp pada masa akan datang.

“Dengan latar belakang yang cemerlang dan gemilang ini, besarlah harapan kami di ÿմapp agar Dato’ Sri dapat menitipkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi pembangunan penyelidikan, penerbitan, sumber manusia, mahasiswa dan jaringan strategik antara ÿմapp dengan pihak luar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata ÿմapp juga yakin pelantikan Dato’ Sri Dr. Irmohizam mampu menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam bitara yang berimpak tinggi kepada negara, ÿմapp dan Fakulti Pendidikan.

Sementara itu, Dato’ Sri Dr. Irmohizam berkata antara fokus beliau setelah dilantik sebagai Profesor Adjung ialah membantu dalam menyediakan akses di peringkat universiti khususnya Fakulti Pendidikan dengan pihak industri.

“Pada hemat saya sudah tentu perancangan membina capacity building untuk modal insan harus dipertingkatkan di luar kotak lebih-lebih lagi dalam berhadapan pasca COVID-19,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau ingin bertemu dengan bakal graduan Fakulti Pendidikan bagi membincangkan bagaimana untuk menyiapkan bakal pendidik dalam memberi impak yang bukan hanya dalam konteks pendidikan, tapi juga dalam konteks membina masyarakat di Malaysia.

“Saya akui bahawa cabaran hari ini sangat luar biasa, akan tetapi kalau kita boleh bersinergi secara bersama, insyaAllah kita boleh membina harapan itu,” katanya.

Dengan pelantikan itu, katanya beliau akan menyumbang semula pengalamannya dan ilmu yang telah beliau dapat di ÿմapp kepada seluruh warga ÿմapp selain mewujudkan jaringan ÿմapp di peringkat antarabangsa melalui WTC Association dan beliau mahu menjadi penghubung dengan masyarakat dan industri khususnya di luar konteks ÿմapp.

Dato’ Sri Dr. Irmohizam adalah alumni ÿմapp yang memegang Ijazah Sarjana Undang-Undang (Kepujian) Ijazah Doktor Falsafah Pengajian (PhD) (Kepujian) dalam Falsafah Pendidikan (Perkembangan Dewasa & Profesional) ÿմapp.