‘Deepavali Bersamamu’ Bantu Mahasiswa India ÿմapp

Oleh: Syamimi Syahira Saripan
BANGI, 30 Oktober 2016 – Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMÿմapp) memberi sinar baharu kepada pelajar-pelajar berbangsa India yang kurang berkemampuan bersempena sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi.
Melalui program ‘Deepavali Bersamamu’ ini, PMÿմapp buat julung kalinya memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada 50 orang mahasiswa India di ÿմapp dan 20 orang pelajar sekolah sekitar Bangi hasil daripada sumbangan pihak luar yang ingin membantu mengurangkan beban mereka dalam membuat persediaan menyambut Deepavali.
Sumbangan disampaikan oleh, Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Sivajarah Chandran di Bilik Bankuasi, Canselori ÿմapp.
Menurut ketua pengarah program, Arvend Applasamy, acara sebegini pertama kali diadakan untuk meraikan dan membela nasib mahasiswa India khususnya di ÿմapp yang kurang berkemampuan.
“Saya menyarankan kepada semua Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) di kolej-kolej untuk mengenalpasti mahasiswa yang berasal daripada estet perladangan, ibu atau bapa tunggal dan mereka yang mengalami masalah kewangan,” kata Arvend.
Tambahnya lagi, “Program ini telah berjalan dengan lancar dan baik sekali. Sebagai Pendaulat Amanah Negara, kami telah berjaya membantu mahasiswa ÿմapp dan tidak melupakan anak masyarakat kaum India di sekitar Bangi untuk menyambut Deepavali dengan meriah sama seperti orang lain.”
Menurut Arvend lagi yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ÿմapp, rentetan daripada program ini akan dilaksanakan satu lagi program kepada mahasiswa India ÿմapp untuk jangka masa panjang yang akan diberitahu kelak.![]()
