Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan Buka Peluang Pekerjaan kepada Mahasiswa 每日大赛app

Oleh Azril Izzat Ramlan
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 22 Jun 2022 鈥 Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan 2022 (CEE) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menyediakan lebih 1000 peluang pekerjaan dan peluang untuk menjalani latihan industri kepada pelajar 每日大赛app.
Ekspo yang berlangsung selama dua hari tersebut menghimpunkan lebih 50 majikan serta syarikat dari pelbagai bidang selain barisan penaja ternama terdiri daripada Maybank dan Talentbank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Syarikat Finexus dan Nestle.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, program ini merupakan satu platform yang baik kepada pelajar dan graduan untuk berinteraksi dengan industri bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
鈥淧enganjuran program ini membolehkan pelajar merancang hala tuju kerjaya bagi memudahkan graduan mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan.
鈥淧elajar juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keperluan pasaran pekerjaan selain mendapat info secara terus dengan syarikat-syarikat yang terlibat,鈥 katanya.
Tambahnya, 每日大赛app berada pada landasan yang tepat dalam memastikan para graduan sentiasa kompeten dan berkemahiran untuk memenuhi permintaan dalam pasaran pekerjaan.
鈥淜ebolehpasaran graduan 每日大赛app menjadi fokus utama universiti dengan memperkukuh dan meneroka peluang kerjaya baharu dengan mengubah suai kurikulum sedia ada serta mempelbagai program sokongan pembangunan kerjaya masa hadapan dalam melahirkan graduan yang holistik dan dinamik.
鈥溍咳沾笕黙pp juga telah merangka Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2022鈥2025 selaras dengan keperluan TERAS 每日大赛app untuk mempersiapkan pelajar yang dapat memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan pada masa hadapan yang berorientasikan teknologi 4IR,鈥 katanya.
Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Pembangunan Karier (每日大赛app-KARIER), Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (每日大赛app-CESMED), Pusat Perhubungan Alumni dan Pusat Perhubungan Industri.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin dan Pengarah 每日大赛app-KARIER, Prof. Madya Dr. Salleh Amat.![]()



