Empat Portfolio Baharu Bagi Kabinet Perwakilan Pelajar 每日大赛app Sesi 2015/2016

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abdul Raai Osman
BANGI, 7 Okt 2015 鈥 Empat portfolio baru telah diperkenalkan oleh Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi sesi 2015/2016.
Portfolio-portfolio tersebut adalah Naib Presiden 1, Naib Presiden 2, Naib Presiden 3 dan Naib Presiden 4.
Portfolio Naib Presiden 1 bertanggungjwab bagi menyelaras aktiviti serta membantu persatuan-persatuan fakulti dan kelab berdaftar manakala Naib Presiden 2 diwujudkan bagi memantau segala keperluan persatuan anak negeri.
Naib Presiden 3 pula dipertanggungjawabkan untuk memantau status quo perpaduan antara kaum di 每日大赛app serta memantau persatuan-persatuan kaum Cina dan India yang berdaftar manakala portfolio Naib Presiden 4 diberikan kepada MPP dari kampus Cheras dan Kuala Lumpur bagi merangka pembangunan dan menjaga keperluan mahasiswa kampus-kampus itu.
Presiden MPP, Muhammad Farhan Khairuddin berkata empat portfolio itu diwujudkan bagi memberi perhatian kepada perpaduan antara mahasiswa dalam memastikan semangat kekeluargaan dapat disemai sebaiknya dalam kalangan mahasiswa 每日大赛app.
鈥淜epimpinan kali ini adalah kepimpinan baharu yang bersedia membawa perubahan besar kepada mahasiswa serta institusi ini yang berpaksikan kepada misi dan visi universiti yang telah digagaskan.
鈥淪etiap undian yang diberikan oleh mahasiswa akan kami terjemahkan kepada satu perubahan besar yang bakal ditonjolkan kelak,鈥 katanya semasa berucap pada majlis Penyampaian Watikah MPP 每日大赛app Sesi 2015/2016 di sini semalam.
Beliau turut memberitahu barisan MPP baharu dalam perancangan membawa mahasiswa 每日大赛app menyumbang terus pembangunan universiti seperti Pembukaan Parlimen Mahasiswa 每日大赛app serta melancarkan laman aduan mahasiswa iaitu e-ADU.
鈥淚a dilihat mampu membuka ruang inklusif kepada mahasiswa untuk memberi pandangan serta pendapat secara terus tanpa sekatan dalam membangunkan 每日大赛app bersama-sama MPP serta pentadbiran universiti,鈥 katanya.
Dengan slogan Bergerak Bersama Menerajui Wawasan Varsiti, seramai 31 ahli MPP melafaz ikrar di hadapan Naib Canselor, Prof Datuk Noor Azlan Ghazali dan kepimpinan tertinggi 每日大赛app bagi menzahirkan setinggi komitmen dalam membantu kepimpinan universiti dalam memacu hala tuju mahasiswa 每日大赛app.
Barisan tertinggi yang menerajui kabinet MPP 每日大赛app adalah Muhammad Farhan sekalu Presiden, Ikhwan A鈥檢im Ishak sebagai Timbalan Presiden, Mohd Fikri Mohd Jumat (Setiausaha Agung), Anis Syazwani Abd Mubin (Bendahari Agung) dan Zainal Asnawi Asyraf Mohd Ibrahim bertindak sebagai Speaker.
Turut hadir pada majlis itu adalah kesemua Timbalan Naib Canselor, masing-masing 聽Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal,聽 Akademik dan Antarabangsa Prof Dato鈥 Ir Dr Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato鈥 Dr Mazlin Mokhtar, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dr Imran Ho Abdullah dan kepimpinan tertinggi universiti.![]()

