每日大赛app

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 每日大赛app Lancar Dana Wakaf Khidmat Budi


Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 9 Mei 2022Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melancarkan Dana Wakaf Khidmat Budi bagi melaksanakan aktiviti akademik dan intelektual yang dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan, komuniti dan sosial serta pendidikan.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dato鈥 Seri Abdul Razak Jaafar diiringi oleh Naib Canselor 每日大赛app Prof Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Dato鈥 Seri Abdul Razak memuji inisiatif tersebut yang bakal memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya pemegang taruh utama universiti iaitu para pelajar.

鈥淧enubuhan Dana Wakaf Khidmat Budi ini amatlah bertepatan memandangkan segala aktiviti di bawahnya akan memberikan manfaat kepada golongan pelajar, warga emas, orang kurang upaya dan orang asli dari segi kestabilan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan, serta komuniti dan sosial.

鈥淯saha murni ini perlu diteruskan terutamanya bagi membantu pelajar-pelajar B40 seperti sumbangan berupa komputer riba dan bantuan pendidikan lain serta program kebajikan yang lain.

鈥淪umbangan seperti ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan pelajar agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih baik,鈥 katanya.

Sementara itu, Prof Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata usaha ini adalah selaras dengan Anjakan ke-5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi Pendidikan Tinggi, iaitu Kemampanan Kewangan.

鈥淧elan tersebut bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pembiayaan mampan bagi pendidikan tinggi Malaysia yang memberi fokus kepada pencapaian dan prestasi, dengan mengambil kira sumbangan semua pihak,鈥 tambah beliau.

Menurutnya, kutipan semasa Dana Wakaf Khidmat Budi adalah sebanyak RM215,000.00.

Beliau berharap lebih ramai pihak yang berkemampuan menyalurkan sumbangan dan menambahkan lagi amal ibadat di bulan Ramadan ini khususnya amalan wakaf dan bersedekah.