Final Piala Cabaran: ÿÈÕ´óÈüapp FC tidak Beri Kemenangan Mudah kepada JDT II

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim & Izwan Azman
CHERAS, 14 Oktober 2019 – Walaupun impian untuk menjulang Piala Cabaran tidak kesampaian, tetapi pasukan ÿÈÕ´óÈüapp FC tidak memberi kemenangan mudah kepada pasukan JDT II apabila perlawanan itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.
Pasukan Harimau Selatan II memastikan kejuaraan pada edisi kedua itu milik mereka setelah mengecewakan The Varsity Boys 6-5 pada penentuan sepakan penalti di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, baru-baru ini.
JDT II yang hadir ke gelanggang lawan dengan membawa bekalan satu gol dari perlawanan pertama dilihat berjaya menguasai permainan dalam separuh masa pertama, namun kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan masing-masing, sehinggalah gawang gol JDT II dibolosi gol apabila Matteo Roskam berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-82.
JDT II yang berstatus pasukan bintang sedikit pun tidak menggentarkan pasukan ÿÈÕ´óÈüapp FC yang berjaya mengekalkan disiplin terutama di bahagian pertahanan sehingga berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi sepanjang 120 minit masa perlawanan.
Pada perlawanan akhir kedua tersebut, penjaga gol ÿÈÕ´óÈüapp FC, Khatul Anuar Md Jalil telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan atas rekod cemerlang yang dipamerkan sepanjang perlawanan.
Perlawana tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Shukor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan barisan pengurusan tertinggi ÿÈÕ´óÈüapp.![]()



