FKAB dan Farbeat Technologies Jalinkan Kerjasama Penyelidikan Beri Manfaat Kepada Masyarakat

Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 2 September 2022 – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) dan Farbeat Technologies Sdn. Bhd. memeterai kerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangangi bagi menjalankan penyelidikan yang bakal dilakukan bersama.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata MoA itu dilihat dapat memasyarakatkan penyelidikan ÿմapp melalui hasil kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik bagi memastikan teknologi dapat membawa manfaat kepada semua pihak.
“Syabas dan tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina atas komitmen dan usaha berterusan dalam meningkatkan kerjasama antara ÿմapp dan pihak-pihak berkepentingan.
“Selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Farbeat Technologies Sdn. Bhd. dalam mempelopori teknologi perniagaan berasaskan kejuruteraan sistem, pengurusan hartanah dan perkhidmatan pemasaran yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan ÿմapp melalui kerjasama ini di masa akan datang,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani MoA antara ÿմapp dengan Farbeat Technologies Sdn. Bhd. Di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata selain memperkasakan penyelidikan ÿմapp untuk manfaat masyarakat dan negara, jaringan kerjasama itu juga dapat dilihat melalui hasil kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik bagi memastikan teknologi dapat membawa manfaat kepada semua pihak.
“Saya dimaklumkan MoA yang ditandatangani ini adalah sebagai tanda Farbeat Tecnologies Sdn. Bhd. dalam menyokong United Nation (UN) Sustainable Development Goal keempat (SDG ke – 4) iaitu Quality Education yang bertujuan menyediakan akses pendidikan yang mudah dan berkualiti kepada golongan muda serta menambah peluang pembelajaran yang lain.
“ÿմapp amat berbesar hati menerima sumbangan lima buah komputer riba yang diserahkan kepada pelajar terpilih oleh pihak syarikat melalui proses yang telah ditetapkan.
“Diharap pelajar yang terpilih menerima komputer riba ini akan manfaatkan sumbangan ini dengan sebaik mungkin,” katanya.
Penandatanganan dokumen MoA itu diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal yang mewakili ÿմapp manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Ts. Nurfarhana Nasrudin mewakili Farbeat Technologies Sdn. Bhd.![]()
