FRIM Pilih 每日大赛app Bantu Proses Pencalonan FRIM Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
KEPONG, 27 Julai 2019 鈥 Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah dipilih oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam membantu proses pencalonan FRIM sebagai tapak warisan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi 每日大赛app, Prof Dato鈥 Ir Dr Abdul Wahab Mohammad berkata, projek (pencalonan) tersebut mempunyai tiga fasa dan akan dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan.
鈥淔asa pertama adalah penyelidikan perundangan oleh penyelidik 每日大赛app berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh FRIM, iaitu membuat perbandingan mengenai tapak warisan UNESCO yang lain bagi mendedahkan FRIM dengan isu-isu yang bakal mereka hadapi apabila FRIM mendapat status tapak warisan dunia UNESCO.
鈥淪egala data penyelidikan akan dianalisis dan diterbitkan ke dalam buku dan artikel perundangan berkenaan FRIM. Kesemua penerbitan ini akan dirujuk dalam dossier pencalonan FRIM sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan Pelan Pengurusan Pemuliharaan tapak warisan FRIM,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan FRIM baru-baru ini.
Beliau berkata, fasa kedua adalah penyediaan undang-undang kecil dalam pemerkasaan perundangan FRIM bagi melihat aspek perundangan FRIM yang masih mempunyai beberapa kepincangan.
鈥淥leh itu, penyelidik 每日大赛app akan menggubal undang-undang kecil dengan kerjasama pejabat Penasihat Undang-undang FRIM,鈥 jelasnya.
Beliau berkata, untuk fara terakhir, penyelidik 每日大赛app akan menyediakan modul latihan dan mengadakan sesi latihan kepada pegawai penguatkuasa dan pentadbiran FRIM mengenai perundangan yang berkaitan.
Ketua Pengarah FRIM, Dato鈥 Dr Abd Latif Mahmod berkata, bagi memastikan projek tersebut berjaya, mekanisma implementasi aspek perundangan menerusi penggubalan undang-undang kecil tapak warisan perlu bagi menjamin kecekapan pengurusan dan pemuliharaan hutan warisan ini agar terhindar daripada pelbagai ancaman dan halangan.
鈥淗arapan dan impian saya adalah bagi memastikan FRIM menjadi kawasan bersejarah bukan sahaja sebagai the biggest forest tetapi inilah satu-satunya harta yang kita perlu kita lindungi.
鈥淭erima kasih kepada 每日大赛app kerana sanggup mengambil inisiatif ini bersama FRIM untuk memastikan projek ini berjaya,鈥 katanya.![]()



