FST Struktur Semula Fakulti

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 9 Disember 2016 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah membuat penstrukturan semula bagi memantapkan lagi fakulti itu termasuklah dalam bidang penyelidikan.
Penstrukturan yang dibuat itu adalah bagi menjenamakan semula FST, menyerlahkan bidang kepakaran, memperkasa penyelidikan, memusatkan tadbir urus akademik, mengukuhkan pengurusan sumber manusia dan menambah baik governan.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Ibrahim Saad berkata penstrukturan itu adalah selaras dengan cerminan hasrat universiti untuk berubah kepada sesuatu yang diluar kelaziman.
鈥淪aya percaya untuk mencapai kesepakatan penstrukturan FST ini, warga FST telah menempuh satu perjalanan yang panjang, berliku dan mencabar.
鈥淣amun, dengan peningkatan kefahaman dan penghayatan serta permuafakatan yang erat antara warganya, tentunya gagasan FST sebagai suatu penstrukturan keilmuan telah diterima dengan baik, malah penstrukturan ini telah menjadi model kepada penstrukturan fakulti lain,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Penstrukturan FST dan Pemasyuran Profesor Emeritus di sini baru-baru ini.
Beliau berharap penstrukturan tersebut mengambil kira perubahan terhadap ilmu dalam bidang sains dan teknologi masa kini agar ianya selari dengan pembangunan dan transformasi pendidikan pengajian tinggi negara.
Sementara itu, pada majlis itu juga, 每日大赛app melalui FST telah memberi pengiktirafan kepada penerima gelaran Profesor Emeritus FST iaitu Prof Emeritus Dato鈥 Dr Laily Din.
Majlis pengiktirafan Profesor Emeritus itu adalah kesinambungan Majlis Konvokesyen 每日大赛app ke-44 yang diadakan pada awal Novemver lepas setelah Prof Emeritus Dato鈥 Dr Laily Din dikurniakan gelaran Prof Emeritus oleh DYMM Tuanku Canselor.
Prof Emeritus Dato鈥 Dr Laily Din merupakan antara alumni dan ahli akademik terawal yang berkhidmat di 每日大赛app.
Beliau banyak menyumbang jasa dan merupakan ilmuan yang disegani.
鈥淎manah yang didukung sebagai seorang pendidik, penyelidik dan penggerak gagasan ilmu terintegrasi, khususnya dalam bidang kimia sebatian semulajadi dan liken, meninggalkan impak yang besar dalam dunia akademik,鈥 kata Tan Sri Ibrahim.![]()

