Graduan Menjadi “Bintang Seni” di Majlis Konvokesyen

Laporan dan Foto oleh Siti Aisyah binti Muhammad
Fadhli Hariz bin Fayahet bersama ‘anugerah’
BANGI, 3 Nov 2015 – Memiliki aura penghibur berserta vokal yang mantap, seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia(ÿմapp) Fadhli Hariz bin Fayahet, diberi penghormatan untuk membuat persembahan nyanyian sambil memakai jubah konvokesyen ÿմapp yang ke-43.
Fadhli Hariz , 22, mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, mendendangkan lagu-lagu medley Nuri, Permata Pemotong Permata dan Kemelut di Muara Kasih ketika sidang konvokesyen ke 4, 5 dan 6.
“Saya mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak tahun pertama ketika Minggu Mesra Pelajar. Bakat saya dicungkil dan diserap masuk dalam kumpulan nasyid ÿմapp dan Artisukma. Sejak itu, saya mula aktif menyanyi pelbagai genre muzik.” katanya ketika ditemubual di sini hari ini.
Sepanjang pengajian selama tiga tahun di ÿմapp, Fadhli sering membuat persembahan dan mengikuti pertandingan nyanyian seperti Malam Bintang ÿմapp, pertandingan nasyid IPTA MAKUM, nasyid ASEAN, lagu patriotik di Institusi Pengajian Tinggi(IPT) dan pertandingan nyanyian anjuran kolej kediaman di ÿմapp.
Selain itu, beliau pernah mewakili ÿմapp membuat persembahan nyanyian di Festival Kesenian Universiti Malaysia(FestKUM) di Terengganu dan Sabah, persembahan di Konsert Diraja ÿմapp dan majlis penutup Global Student Leadership Program di Korea Selatan.
Selain menyanyi, beliau diberi mandat untuk menjadi juri profesional untuk pertandingan nyanyian di kolej-kolej di ÿմapp dan juga pertandingan nyanyian di Agensi Nuklear.
Minat beliau terhadap bidang nyanyian jelas terbukti sejak di bangku sekolah lagi. Ternyata, usaha beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Seni Vokal dan Anugerah Seni Mahasiswa peringkat ÿմapp.
“Buat masa ini saya membuat kerja sambilan dengan Pusat Kebudayaan ÿմapp. Apabila ada sesuatu majlis, mereka memanggil saya untuk menyanyi. Jika ada rezeki, saya ingin mengembangkan karier saya dalam bidang seni dan menyambung pelajaran ke peringkat Master dalam jurusan Pengurusan Seni di ÿմapp.”
Beliau turut berpesan kepada pelajar ÿմapp yang mempunyai bakat terpendam boleh menghadiri kelas-kelas pemantapan kebudayaan dan kesenian di Pusat Kebudayaan ÿմapp secara percuma tetapi sebagai seorang pelajar, mereka perlu pandai seimbangkan antara aktiviti kesenian dan kebudayaan dengan pelajaran.![]()
