HCTM Yang Pertama di Asia Tenggara Guna UCPFlex

Oleh Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri
Foto Ikhwan Hashim
CHERAS, 12 Mei 2020 – Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) adalah hospital yang pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi Ultrasound Cyclo Plasty (UCPFlex) dalam merawat pesakit glaukoma.
UCPFlex ialah teknologi yang menggunakan Ultrasound tertumpu yang berintensiti tinggi untuk mengawal dan memusnahkan badan siliari di mata.
Menurut Pakar Oftalmologi HTCM, Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah, teknologi tersebut memberi kesan sampingan yang kurang berbanding rawatan yang digunakan sebelum ini iaitu surgeri dan rawatan laser Cyclodiode.
鈥淯CPFlex juga mempunyai kadar penyembuhan yang lebih pantas berbanding rawatan-rawatan lain. Teknologi ini memberi pilihan kepada pesakit untuk memilih rawatan yang mereka kehendaki.
鈥淪etakat ini (Mac 2020), kita telah mencuba rawatan ini kepada lapan orang pesakit di sini (HTCM), dan kesemuanya menunjukkan hasil yang baik,鈥 kata Prof. Madya Dr. Jemaima.
Teknologi tersebut telah dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh sebuah syarikat pembekal teknologi rawatan mata, Excimed Sdn. Bhd.
鈥淜ita memilih HTCM kerana pelbagai sebab, antaranya 每日大赛app amat menggalakkan penyelidikan dan penggunaan teknologi baru.
鈥淒r. Jemaima juga merupakan antara doktor yang pakar dalam rawatan glaukoma dan turut dipandang tinggi oleh doktor yang lain,鈥 kata Pengarah Excimed, Gideon Lim.
Tambahnya lagi, teknologi itu bakal diperkenalkan kepada hospital yang lain setelah kejayaan rawatan di HTCM.![]()



