Hospital Pintar Pakar Kanak-Kanak (HPKK 每日大赛app) Dilengkapi Sistem Pengurusan Tercanggih

Oleh Asmahanim Amir
Foto Rosli Nasir
CHERAS, 22 Disember 2020 – Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK 每日大赛app) akan menjadi hospital pintar pakar kanak-kanak pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem pengurusan tercanggih dengan intensif penyelidikan.
Menurut Timbalan Pengarah (Diagnostik & Sains Kesihatan) HPKK, Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, hospital dengan keluasan 2,171,531 kaki persegi itu akan menjadi pusat perubatan dan perawatan yang berpusatkan keluarga dan mesra kanak-kanak.
Katanya, hospital tersebut berkonsepkan mesra alam iaitu dengan teknologi hijau dan perkhidmatan tanpa kertas (paperless hospital) selain dilengkapi dewan bedah digital, MRI 3 Tesla, x-ray mudah alih, dan teknologi terkini.
鈥淗ospital ini akan menjadi pusat penyelidikan, pengajaran dan pusat kesihatan kanak-kanak yang melibatkan semua fakulti di Kampus 每日大赛app Kuala Lumpur iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi, dan Fakulti Sains Kesihatan.
鈥淪elain itu, HPKK adalah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak yang menjadi perintis dalam rawatan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Ia turut menjadi Pusat Sehenti (OSC) yang melibatkan pendekatan multi disiplinari untuk menilai dan merawat pesakit,鈥 katanya semasa menyampaikan taklimat semasa Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Ke Projek HPKK 每日大赛app Secara Kerjasama Awam Swasta (PPP), di sini baru-baru ini.
Turut hadir ke program itu ialah Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff dan Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa yang menjalankan fungsi Naib Canselor 每日大赛app.
Beliau berkata HPKK turut menyediakan rawatan implan koklea, surgeri skoliosis, surgeri laparoskopi pediatrik dan surgeri Neuro-Oncology intraoperative hybrid MRI.
HPKK 每日大赛app yang dibina bersama bangunan hotel, pusat konvensyen dan blok parkir bertingkat dijangka bakal menerima pesakit pertama pada akhir bulan Mac 2021. Dibina pada Mei 2014, hospital itu mempunyai 243 buah katil dengan bilik perseorangan dan dilengkapi bilik air, meja dan 鈥sofa bed鈥.
Agensi yang terlibat untuk pembinaan dan pembangunan HPKK 每日大赛app adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPT, 每日大赛app dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).![]()


