每日大赛app

Indonesia Pilihan AYVP 2017


Berita dan foto oleh Asmahanim Amir

BANDUNG, 27 Februari 2017 – Program Sukarelawan Belia ASEAN 2017 (AYVP) berlandaskan konsep Pengurangan Risiko Bencana (DRR), bakal diadakan di Bandung, Indonesia, Ogos nanti.

Lokasi tersebut dipilih kerana Indonesia berada di zon lingkaran api (Ring of Fire), yang lazimnya ditimpa becana alam seperti gempa bumi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah berkata kolaborasi ini bakal mewujudkan hubungan strategik yang baik antara 每日大赛app dan Institut Teknologi Bandung (ITB), yang akan mengendalikan program ini bersama.

鈥淜erjasama yang kukuh ini berakar daripada kekuatan ASEAN University Network yang mana ITB juga adalah ahlinya,鈥 katanya semasa majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) antara 每日大赛app dan ITB, di Bandung, baru-baru ini.

Beliau berkata untuk edisi kelima, seramai 50 belia ASEAN akan dipilih dan mereka akan berkampung di Bandung selama empat minggu.

鈥淯ntuk minggu pertama dan keempat, semua sukarelawan akan menjalani bengkel di ITB, manakala pada minggu kedua dan ketiga, mereka akan ditempatkan bersama masyarakat di Desa Lembang, Kabupaten Bandung Barat yang merupakan kawasan yang sangat dekat dengan kejadian gempa bumi.

鈥淒i Desa Lembang, para sukarelawan akan mengikuti program komuniti dalam melaksanakan aktiviti DRR bersama masyarakat dan agensi keselamatan.

鈥淜ita nak terapkan semangat kesukarelawan kepada belia yang mengikuti program ini dalam menghadapi bencana gempa bumi,鈥 terangnya.

Sementara itu, Rektor ITB, Prof Dr Ir Kadarshah Suryadi berkata pihaknya sentiasa menggalakkan kakitangan menjalankan kerjasama dengan banyak institusi antarabangsa.

鈥淗ari ini kita berasa gembira apabila 每日大赛app memilih ITB dalam melaksanakan program AYVP yang akan menghimpunkan seluruh belia ASEAN.

鈥淜ita akan bekerjasama bagi memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan diharapkan kerjasama ini tidak berakhir di sini sahaja,鈥 katanya.

Belia ASEAN yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dan berminat untuk menyertai AYVP 2017, boleh malayari laman web AYVP iaitu bagi membuat permohonan.

Permohonan akan ditutup pada 30 Mac ini.

Program AYVP disokong oleh Sekretariat ASEAN, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan mendapat dana oleh US Agency for International Development (USAID).