Institut Sel Fuel Jadi Pelopor Pengeluaran Hidrogen Pembebasan Sifar

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 30 Julai 2021 – Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjadi pelopor dalam pengeluaran hidrogen pembebasan sifar selepas menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).
Kerjasama itu melibatkan perkongsian kepakaran berkaitan bidang teknologi hidrogen dan sel bahan bakar serta memberi pendedahan untuk pelbagai bidang penyelidikan di 每日大赛app.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app sentiasa terbuka dalam memberi peluang untuk menyumbang kepakaran dalam bidang teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.
鈥淢GTC adalah pemangkin utama penyebaran teknologi hijau di negara ini, memacu negara dalam bidang Pertumbuhan Hijau, Mitigasi Perubahan Iklim, dan Gaya Hidup Hijau.
鈥淧erjanjian dengan MGTC melalui Institut Sel Fuel menunjukkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kemampuan 每日大赛app untuk berkolaborasi dalam pembangunan industri hidrogen dan sel bahan bakar,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan MGTC, semalam.
Beliau berkata seiring dengan kemajuan ekonomi hidrogen global, MoU antara kedua-dua institusi itu juga akan memudahkan inisiatif ekonomi hidrogen secara berpatutan dan mesra alam, serta menyokong promosi aplikasi tenaga hidrogen.
鈥淥leh itu, kerjasama ini bukan sahaja dapat merealisasikan visi ekonomi hidrogen negara, tetapi juga memberi peluang kepada para penyelidik dan pakar dari MGTC dan 每日大赛app untuk berkongsi pengetahuan dalam memacu inisiatif ekonomi hidrogen terkehadapan,鈥 katanya.
Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan berharap melalui MoU itu, 每日大赛app akan menjadi rakan strategik utama industri bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D), tidak hanya dalam bidang teknologi hidrogen dan sel bahan bakar, tetapi juga dalam bidang yang relevan yang ditawarkan oleh fakulti dan institusi penyelidikan di 每日大赛app.
鈥淜erjasama dengan MGTC akan memberikan faedah jangka panjang dan mengeratkan hubungan antara 每日大赛app dan MGTC pada masa akan datang.
鈥溍咳沾笕黙pp akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejayaan MoU ini dan mudah-mudahan usaha ini akan menjadi contoh bagi industri lain untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam perkongsian penyelidikan untuk kepentingan negara,鈥 kata beliau.
Sementara itu, Pengerusi MGTC, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. A. Bakar Jaafar berkata beliau berharap kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dari segi pemindahan pengetahuan dan teknologi, pembangunan perubahan iklim dan ekosistem hidrogen dengan asas pendidikan yang berpotensi tinggi di semua sektor ekonomi terutama di Malaysia dan di rantau ini.
MoU itu telah ditandatangai oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor. Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Penagrah Institut Sel Fuel 每日大赛app, Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin dan Pengerusi MGTC, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. A. Bakar Jaafar.![]()
