JKR Serahkan Projek Bangunan Akademia Siber Teknopolis kepada 每日大赛app

Oleh Nur Batrisyia dan Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 23 Mac 2021 鈥 Jabatan Kerja Raya telah menyerahkan projek Bangunan Akademia Siber Teknopolis (AST) yang bernilai RM36 juta kepada Universiti Kebangsaaan Malaysia (每日大赛app).
Pembinaan bangunan yang akan menempatkan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Institut IR4.0 itu telah bermula pada tahun 2018 dan siap pada 10 Februari 2021. Projek ini juga tamat 12 hari lebih awal daripada tarikh lanjutan masa yang telah ditetapkan iaitu 22 Februari 2021.
Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat, Ir. Mohd Sharil Mohd Isa berkata, projek AST itu telah diluluskan dengan peruntukan siling sebanyak RM45 juta dan projek itu dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Pembinaan Purcon Sdn.Bhd secara konvesional berunding dengan kos kontrak bernilai RM36 juta.
鈥淎ST merupakan salah satu projek bangunan pendidikan yang telah dirancang untuk disiapkan dalam tempoh RMK-11,鈥 katanya.
Katanya, penyediaan prasarana dalam bentuk fizikal dan bukan fizikal menjadi salah satu keutamaan dalam agenda pembangunan negara melalui peruntukan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk tempoh 2016-2020.
Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app, Prof.Dato鈥 Ts.Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman berkata, ketika dalam proses reka bentuk bangunan AST, tumpuan khusus diberikan untuk menyediakan prasarana yang kondusif bagi melaksanakan penyelidikan, pembangunan serta inovasi yang dapat memberi impak kepada masyarakat, industri, agensi kerajaan dan negara.
Beliau berkata bangunan tersebut akan menempatkan makmal-makmal penyelidikan, makmal kolaborasi industri, bilik tutorial, bilik mesyuarat serta bilik pensyarah dan felo penyelidikan untuk Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) serta Institut IR4.0.
Katanya, bangunan AST itu juga dilengkapi dengan kemudahan kafeteria, surau, auditorium yang canggih, dewan serbaguna serta landskap yang menghijau dalam persekitaran yang berasimilasi dengan alam sekitar.
鈥淏angunan ini telah direka dan dibina berdasarkan konsep 鈥industrial look鈥 dengan memenuhi spesikasi yang telah ditetapkan dan keperluan penyelidikan yang akan dijalankan oleh pihak FKAB dan Institut IR4.0,鈥 katanya.
鈥淚nstitut IR4.0 telah berjaya memperoleh Dana Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) yang dianugerahkan oleh KPT bagi tema IR4.0 dengan pengkhususan dalam bidang Realiti Terimbuh (Augmented Reality) bermula 1 Januari 2021,鈥 katanya.
Institut IR4.0 akan ditempatkan sepenuhnya di bangunan AST ini dan ia merupakan satu-satunya pusat penyelidikan bertaraf institut di Malaysia yang menjalankan penyelidikan dalam bidang IR4.0.
Majlis Penyerahan Projek AST 每日大赛app turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Megat Azlani Megat Ramli.![]()



