Kapten Kriket Wanita Negara Terima Ijazah di 每日大赛app

Oleh Nur Batrisyia
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 8 April 2021 鈥 Kapten kriket wanita negara, Winifred Anne Duraisingam, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi) pada Majlis Konvokesyen 每日大赛app ke-48.
Walaupun perlu sentiasa menjalani latihan di oval kriket, tetapi beliau tidak jadikan alasan itu untuk mengabaikan pelajaran.
鈥淪aya mula aktif dengan sukan ini sejak berumur 14 tahun. Semenjak itu, saya berulang alik ke Oval Kriket Kinrara sehingga sekarang,鈥 katanya.
Bercerita tentang pembahagian masa, beliau berkata kebanyakan kelas adalah pada waktu pagi manakala beliau akan melakukan latihan bersama pasukan kriket lelaki 每日大赛app di Oval Kriket 每日大赛app-YSD pada sebelah petang.
鈥淪epanjang belajar di sini, saya pernah tersepit antara peperiksaan dan tournament, kerana ia berlaku pada hari yang sama. Jadi saya perlu bijak mengatur jadual harian kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya,鈥 katanya.
Antara kejohanan terdekat yang bakal disertainya ialah Asia Cup Qualifier yang akan diadakan di Malaysia pada bulan September ini. Selain itu, Winifred Anne turut menyatakan hasrat untuk menyertai Cricket World Cup 2023 di India.
Beliau juga turut merancang untuk menjadi guru Pendidikan Jasmani, selain menjadi jurulatih kriket dan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana pada masa akan datang.![]()