Kepakaran Profesor 每日大赛app diiktiraf di Qatar

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 25 Jun 2018 鈥 Kepakaran Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dalam bidang Kejururteraan Kimia (water and wastewater treatment) ditagih dan diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila Prof Dato鈥 Ir Dr. Abdul Wahab Mohammad dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah dipinjamkan ke Qatar Environment and Energy Research Institute (QEERI), Hamad bin Khalifah University, Qatar selama dua tahun bermula Mac 2018 lalu.
Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Abdul Wahab yang dilantik sebagai Senior Research Director QEERI berkata, tugas beliau adalah untuk memantau penyelidikan-penyelidikan yang dibuat di sana dan memastikan semua projek penyelidikan dijalankan dengan baik serta memastikan hasil (output) penyelidikan dapat dihasilkan.
鈥淪aya tidak melakukan penyelidikan sebaliknya saya memantau penyelidikan yang dibuat. Kajian-kajian yang dijalankan adalah untuk memastikan ianya releven berkaitan dengan isu-isu atau penyelesaian-penyelesaian yang diperlukan oleh Qatar,鈥 katanya.
Beliau berkata, teknologi yang ada di Malaysia dan Qatar adalah hampir sama tetapi Qatar mempunyai kelebihan kerana mempunyai peruntukan yang banyak untuk membeli peralatan yang canggih.
鈥淢ereka (Qatar) juga bekerjasama dengan banyak makmal baru diseluruh dunia. Yang terbaru QEERI akan bekerjasama dengan NASA melalui projek satelit yang akan pantau perubahan air bawah tanah,鈥 katanya.
Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Abdul Wahab berkata, beliau telah berjumpa dan berbincang dengan Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali untuk mengadakan kerjasama dengan QEERI.
鈥淢ungkin 每日大赛app boleh fikirkan untuk bekerjasama dengan QEERI melalui projek yang bakal dijalankan dengan NASA.
鈥淜ita perlu ambil peluang ini kerana peluang untuk bekerjasama dengan NASA bukanlah sesuatu yang mudah,鈥 jelasnya.
Katanya, beliau berharap akan ada sangkutan pensyarah 每日大赛app di sana bagi meneroka teknologi, kepakaran dan kerjasama diperingkat antarabangsa kerana peluang untuk menyertai projek-projek mega di peringkat antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah.![]()