Kepentingan dan Keseimbangan Penyebab Krisis Qatar

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 7 Julai 2016 –聽 Krisis yang berlaku antara Qatar dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir adalah disebabkan oleh kepentingan dan keseimbangan kuasa, kata Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Dr Abdul Rahim Ahmad.
Beliau berkata itu adalah gambaran ringkas yang boleh diterjemahkan tentang krisis yang berlaku antara negara-negara Arab tersebut.
鈥淚a adalah disebabkan oleh keseimbangan kuasa.
鈥淜eseimbangan perlu kerana Iran adalah satu kuasa yang digeruni manakala Qatar pula dianggap sebagai 鈥榖udak nakal鈥.
鈥淒alam hal ini, Qatar mengambil pendirian menyokong Ikhwanul Muslimin,鈥 katanya semasa menjadi ahli panel pada forum Bicara Persada ke-36 di sini.
Beliau berkata Qatar yang menyokong Ikhwanul Muslimin yang dikaitkan dengan keganasan hanya dijadikan alasan oleh negara jiran tersebut untuk berkrisis dan menafikan pandangan dunia.
Sementara itu, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof dari Fakulti Ketamadunan Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata negara-negara Arab tersebut 鈥榤embuli鈥 Qatar kerana kemungkinan ia akan memberi kesan kepada Turki dan Iran.
鈥淢ereka tahu mereka akan gagal jika melakukan perkara yang sama kepada Turki dan Iran. Jadi, mereka buli 鈥榖udak nakal鈥 ini dengan harapan ianya akan memberi kesan kepada kedua-dua negara tersebut,鈥 terangnya.
Katanya beliau berharap agar Malaysia akan terus mengamalkan dasar berkecuali.
鈥淛ika Malaysia mahu cuba mengangani krisis ini, saya berharap ia akan melibatkan penyertaan banyak pihak atau negara, bukannya sebelah pihak sahaja,鈥 katanya.
鈥淣amun, disebabkan ia tidak melibatkan wilayah kita, biarlah mereka selesaikan.
鈥淜ita juga mengharapkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berperanan bukan sahaja dalam isu Qatar, tetapi juga isu Syria,鈥 ujarnya.
Seorang lagi ahli panel ialah Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 每日大赛app, Abdul Muein Abadi.
Moderator adalah Penerbit Eksekutif Astro Awani Nazri Kahar.![]()