Kerjasama strategik 每日大赛app dan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi tingkatkan usaha penyelidikan untuk masyarakat

Oleh Salleh Sulieman
Foto Izwan Azman
BANGI, 28 Disember 2020 鈥 Kerjasama yang terjalin antara 每日大赛app dengan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang berlangsung baru-baru ini adalah salah satu pelan strategik untuk memperkasakan agenda penyelidikan dan sumbangan kepakaran 每日大赛app untuk masyarakat.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dato鈥 Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad berkata, perjanjian ini mampu mengukuhkan lagi hubungan dinamik antara Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Institut Islam Hadhari.
鈥淪aya berharap agar hubungan聽 dapat diperluaskan lagi kepada empat bidang penyelidikan yang menjadi tujahan di Institut Islam Hadhari iaitu politik dan kepimpinan, sosio-budaya, ekonomi dan perniagaan, sains & teknologi, serta alam sekitar & kesihatan,鈥 katanya.
Penyelidikan yang didanai oleh Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali bersama enam orang penyelidik bersama dengan jumlah sebanyak RM 50,000. Antara hasil penyelidikan ini adalah seperti Forum Hadhari yang bertajuk 鈥楽heikh Abdulllah Fahim: Sumbangan Dalam Bidang Falak dan Penentu Tarikh Kemerdekaan鈥 yang berlangsung pada 24 September 2020.
Hubungan antara kedua-dua institusi ini telah lama terjalin yang bermula dengan sambutan ulang tahun Institut Islam Hadhari yang ke-10 pada 25 Mei 2017. Seterusnya, kedua-dua institusi ini mengorak langkah dengan acara seperti Hadhari Global Network, Memorandum Persefahaman (MoU) 每日大赛app dan Kyoto University, Simposium Antarabangsa Islam, Peradaban dan Sains (ISICAS), Hadhari Approach: Revitalizing Global Network, dan Pelancaran Hadhari Global Network.
Beliau berucap semasa merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA)聽bagi聽Penyelidikan聽Ketokohan Syeikh Abdullah Fahim Dalam Perkembangan Pendidikan Islam dan Ilmu Falak Pada Awal Abad Ke-20聽antara 每日大赛app聽dengan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.![]()



