Kerjasama 每日大赛app-Arkib Negara Malaysia Pelihara Pembangunan Sumber dan Penyelidikan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 20 Februari 2018 鈥 Univesiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) mengukuhkan kerjasama strategik dalam pembangunan sumber dan penyelidikan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara dua-dua organisasi itu baru-baru ini.
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prsarana), Prof Dato鈥 Dr Nor Ghani Md Nor berkata, melalui MoU itu, banyak bidang boleh diteroka secara keuntungan bersama oleh kedua-dua pihak.
鈥淎ntaranya ialah penempatan pelajar dalam latihan industri, penyelidikan pensyarah dan pelajar, latihan dan bengkel bagi pegawai dan kakitangan kedua-dua pihak.聽 Selain itu, dengan adanya perancangan yang teratur, usaha-usaha ini akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis MoU tersebut.
Beliau yakin, dengan kepakaran yang ada di 每日大赛app dan ANM, kerjasama tersebut dapat mencapai hasrat untuk membangunkan aspek sumber manusia, tadbir urus, pemeliharaan dan pemuliharaan, pengurusan rekod, latihan dan kursus pembangunan sumber manusia dan pelaksanaan pogram sejarah lisan.
鈥淪aya harap hubungan strategik yang terjalin ini akan memberi impak dan manfaat yang besar kepada perluasan ilmu dan bukan sekadar membawa kepada pembangunan material sahaja, malah melahirkan para intelektual dan pemikir yang berperanan dalam menentukan hala tuju Negara pada masa hadapan,鈥漦ata beliau.
Sementara itu, Pengarah ANM, Datuk Azemi Abdul Aziz berkata, usaha yang telah dilakukan oleh 每日大赛app dan ANM diharap dapat memberikan panduan dan nasihat yang baik dalam memastikan rekod-rekod yang disimpan dapat dipelihara sehingga beratus-ratus tahun akan datang.
鈥淛ika dilihat, universiti-universiti terkemuka dunia seperti Harvard University dan Cambrage Univesity, mereka masih menyimpan rekod yang telah berusia beratus-ratus tahun dulu.
鈥淩ekod-rekod kecemerlangan, rekod kajian dan rekod pelajar yang berjaya telah disimpan dengan baik sekali. Itu adalah satu aset yang bernilai untuk syarikat kita,鈥 katanya.![]()

