Kerjasama 每日大赛app dengan JAHEAIK Tingkatkan Kualiti Penyampaian dan Pentadbiran Islam JAHEAIK

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 17 Februari 2021 鈥 Bagi meningkatkan kualiti penyampaian dan pentadbiran Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalin kerjasama penyelidikan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua institusi tersebut.
Kerjasama tersebut melibatkan penyelidikan berkenaan Kesejahteraan Masyarakat Kelantan berasaskan Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) dalam meningkatkan kualiti penyampaian dan pentadbiran Islam JAHEAIK.
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Dr. Imran Ho Abdullah berkata kerjasama penyelidikan itu menandakan komitmen padu antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan penanda aras perkhidmatan kepada masyarakat awam.
鈥淪aya percaya melalui perkongsian kepakaran, pengalaman, dan pengetahuan, kedua-dua pihak mampu mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Pengalaman Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dalam bidang perkhidmatan, pentadbiran, dan pengetahuan yang disenergikan dengan kepakaran dalam bidang pengetahuan, penyelidikan dan perundingan Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, akan dapat menyerlahkan kewibawaan dan imej kedua-dua pihak dari perspektif masyarakat awam,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan.
Beliau berkata 每日大赛app amat berbangga kerana kerjasama tersebut akan menjadi penghubung antara universiti, agensi awam, dan juga masyarakat.
鈥淢elalui perkongsiaan ini, saya percaya pihak universiti dapat menimba maklumat dan pengalaman yang berguna dalam terus mempertingkatkan kualiti pendidikan dan perundingan serta penyelidikan,鈥 ujarnya.
Prof. Dato鈥 Dr. Imran Ho berkata maklumat yang diperolehi hasil penyelidikan itu juga pastinya akan membantu khususnya JAHEAIK dalam melaksanakan tugas pentadbiran Hal-Ehwal Islam secara lebih mantap.
Katanya, gabungan strategik antara 每日大赛app dan JAHEAIK diyakini mampu meningkatkan citra dan aspirasi kedua-dua agensi dalam rangka memartabatkan ilmu dan pengetahuan yang berasaskan penyelidikan yang terancang.
Sementara itu, Pengarah JAHEAIK, Dato鈥 Che Mohd Rahim Jusoh berkata kerjasama tersebut adalah kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam meningkatkan pengetahuan ilmu pegawai di JAHEAIK bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta meningkatkan kebolehpasaran pegawai.
鈥淪elain itu, kerjasama ini juga akan meningkatkan hubungan antara JAHEAIK dengan 每日大赛app dalam berkongsi ilmu dan menjadikan program-program seperti program kemasyarakatan dapat disebarluaskan lagi,鈥 katanya.![]()

