Kerjasama ÿմapp – FOMCA bantu Memperkasa Perlindungan Pengguna di Malaysia

Oleh: Nastura Nasir
Pix: Shahiddan Saidi
BANGI, 4 Ogos – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) bersama Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan hak dan kepentingan pengguna di Malaysia.
Naib Canselor ÿմapp, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, MoU yang bakal berkuatkuasa selama tiga tahun ini adalah untuk mengadakan lebih banyak penyelidikan, pendidikan, rundingan, penerbitan dan pembangunan modal insan dalam kepenggunaan.
“Kepelbagaian kursus kepenggunaan, penyelidikan dan penerbitan yang diusahakan oleh ahli akademik ÿմapp membuktikan bahawa ÿմapp mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang kepenggunaan yang sudah tentu dapat dimanfaatkan melalui MoU ini,” tambahnya.
Prof. Datuk Azlan juga berharap kerjasama ini dapat menyumbang kepada misi menggalakkan kesedaran mengenai hak-hak pengguna serta secara tidak langsung mempromosi dan meningkatkan tahap perlindungan pengguna di Malaysia.
Beliau telah menandatangani MoU ini bagi pihak ÿմapp, manakala FOMCA diwakili oleh Presiden FOMCA, Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason.
Prof. Datuk Marimuthu dalam ucapannya juga menjelaskan, ÿմapp dapat menyumbang ilmu atau kepakaran teknikal dalam perlindungan pengguna yang mempunyai skop yang amat luas. Antaranya, pensyarah dan pakar ÿմapp dapat menyertai jawatankuasa standard kebangsaan yang diurus oleh Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia.
“Globalisasi membawa bersama cabaran baru yang perlu diatasi bersama-sama dengan efektif bagi kebaikan pengguna-pengguna di Malaysia.”
“Kerjasama ini membuka peluang kepada kedua-dua pihak, ÿմapp dan FOMCA, untuk memajukan kepentingan masyarakat dalam bidang perundangan, air, tenaga, keselamatan produk, pengendalian aduan, penyelidikan, dan pendidikan,” katanya mengakhiri ucapan.![]()
