每日大赛app

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Terima Anugerah Alumni Tersohor 每日大赛app


Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 16 November 2021 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dato鈥 Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman menerima Anugerah Tokoh Alumni Tersohor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) atas sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia dan 每日大赛app khususnya.

Pengurniaan anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan Canselor 每日大赛app.

Beliau yang merupakan alumni 每日大赛app dalam bidang sains pada tahun 1985 turut mengimbau kenangan indah ketika mula mengorak langkah dari Negeri Sembilan dan menjejakkan kaki ke menara gading.

鈥淪aya berbangga dapat menelusuri alam pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang teguh memartabatkan bahasa Melayu dan mengantarabangsakan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

鈥淜enangan menuntut ilmu di Fakulti Sains Hayat 每日大赛app dari tahun 1982 hingga berjaya menjulang ijazah pertama dalam tahun 1985 banyak mendidik saya tentang tingginya nilai pengetahuan dan bermaknanya erti budi,鈥 katanya.

Daripada ilmu dan pengalaman tersebut beliau membina langkah demi langkah ke arah impian dan hasrat untuk merealisasikan aspirasi negara satu masa kelak.

鈥淵ang penting, semangat dan matlamat untuk menjadi insan yang berjaya, bersahsiah tinggi dan contoh terbaik kepada anak bangsa sentiasa tersemat di dada,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan & Coffee Table KPPA dan Sesi Town Hall bersama-sama Warga Universiti Awam (UA) dan Pelajar-Pelajar Tajaan JPA di Dewan Tun Abdul Razak 每日大赛app, hari ini.

Tan Sri Mohd Khairul memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1988 di Kementerian Perusahaan Awam.

Pada majlis tersebut, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan melancarkan Buku Koleksi Ucapan KPPA dan Buku Coffee Table KPPA.

Buku Koleksi Ucapan KPPA yang diterbitkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ini menghimpunkan teks-teks ucapan dalam majlis-majlis utama yang beliau hadiri manakala buku Coffee Table KPPA terbitan Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Buku coffe table tersebut mengandungi himpunan gambar-gambar majlis rasmi, program turun padang bersama-sama kumpulan sasar, pemegang taruh JPA, serta kompilasi beberapa keratan akhbar berkaitan isu-isu dalam perkhidmatan awam.

Majlis yang diadakan secara hybrid itu turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. 聽Noraini Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Profesor Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib-naib Canselor Universiti Awam, dan juga pelajar-pelajar tajaan JPA.