Kompleks Alumni Simbolik Kebanggaan ÿÈÕ´óÈüapp

Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Izwan Azman
Bangi, 24 Ogos 2022 – Sebuah Kompleks Alumni ÿÈÕ´óÈüapp akhirnya bakal dibina menjelang Oktober tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta. Tidak hanya menjadi satu simbolik kebanggaan buat ÿÈÕ´óÈüapp, malah dengan terbinanya kompleks ini, maka secara langsung menandakan betapa kukuh dan utuhnya hubungan ÿÈÕ´óÈüapp bersama alumni mereka.
Kompleks yang akan turut menempatkan Pusat Perhubungan Alumni ini, diharap menjadi tempat pertemuan dan pintu masuk para alumni ke ÿÈÕ´óÈüapp, kata Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Beliau berkata pintu sentiasa terbuka kepada alumni untuk turut memanfaatkan kompleks ini sebagai Kelab Rekreasi. Malah sebelum ini juga, pelbagai program telahpun dilaksanakan dengan penglibatan alumni-alumni ÿÈÕ´óÈüapp.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Dr. Suzeren Md Jamil berkata dengan terbinanya Kompleks Alumni ini nanti, ianya akan dapat mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara alumni dan juga universiti.
Kompleks ini akan menempatkan beberapa ruang penting seperti Pejabat Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni ÿÈÕ´óÈüapp, Pusat Operasi Alumni dan Ruang Komersil.
Semoga dengan terbinanya Kompleks Alumni ÿÈÕ´óÈüapp ini menjadi pencetus kepada lebih banyak gerakan aktiviti yang melibatkan alumni dan warga ÿÈÕ´óÈüapp dalam membentuk rasa kesepunyaan di kalangan ahli dan seterusnya memacu dan memecutkan university ini menggapai kegemilangan di mata dunia dan juga cemerlang di hati masyarakat.![]()
