Konsep Nusantara sebagai Dasar Maritim Malaysia

Oleh: Nastura Nasir
Pix: Abd Raai Osman
BANGI, 9 Disember 2016 – Konsep Nusantara sesuai digunakan bagi menggubal sebuah dasar maritim Malaysia.
Demikian menurut Prof. Emeritus Hans-Dieter Evers pemegang kursi Profesor Unggul Pok Rafeah bagi Pengajian Antarabangsa di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) 每日大赛app
Dasar yang berasaskan wilayah geografi ini boleh wujud secara bersaing dan seiring dengan dasar 鈥楶oros Maritim鈥 Indonesia dan dasar 鈥楲aluan Sutera聽 Maritim鈥 China.
Dalam syarahannya bertajuk聽Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan, beliau yang juga merupakan Felo Kanan di Pusat Penyelidikan Pembangunan di Universiti of Bonn, menjelaskan bahawa konsep Nusantara telah digunakan dalam pelbagai cara dalam sejarah moden antaranya sebagai sebahagian agenda politik atau bahkan juga dalam ekonomi.
Prof. Evers turut mencadangkan penggunaan 鈥渉akmilik strata maritim鈥 untuk dijadikan salah satu pilihan sewaktu perundingan mengenai tuntutan konflik di kawasan perairan Laut China selatan.
Hakmilik Strata Maritim (MST) akan memberi tuntutan kepada bahagian yang berlainan di laut: penerokaan minyak, gas dan mineral di dasar laut, penuaian rumput laut pada ketinggian berbeza, memancing laut dalam, memukat serta laluan laut.
Ulas beliau, pegangan Kerajaan China pada Laut China Selatan adalah didorong oleh konsep ruang, di mana keseluruhan lautan tersebut dianggap sebagai perairan China, dengan mengenepikan tuntutan hak kawasan dari negara-negara ASEAN yang lain.
Justeru, 鈥渕odel Nusantara鈥 dalam perkongsian sumber, tuntutan hak kawasan yang berbeza berdasarkan kepelbagaian sumber dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal, yang juga mungkin boleh diterima oleh kerajaan China yang telah menjalankan perundingan bersama kerajaan negara-negara ASEAN yang terbabit.
Mengakhiri ceramah, Prof Hans meletakkan harapan agar institusi penyelidikan di Malaysia dan negara ASEAN lain bersama-sama untuk merangka agenda penyelidikan yang komprehensif di Laut China Selatan.
Turut hadir pada syarahan tersebut adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah 每日大赛app Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Ibrahim Saad, Penyandang Kerusi ke-4 Pok Rafeah Prof. Dr. Anthony Milner dan Pengarah IKMAS Prof. Dr. Rashila Ramli![]()
