Konsert Diraja Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke 67 Tuanku Muhriz Mempesonakan
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim, Izwan Azman dan Shahiddan Saidi
BANGI, 30 Januari 2015 – Konsert yang berkonsepkan muzik orkestra dilangsungkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) untuk meraikan Hari Keputeraan Ke 67 Baginda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor ÿÈÕ´óÈüapp di sini malam ini.
Konsert itu menggabungkan lebih 66 ahli muzik terdiri daripada kakitangan dan pelajar ÿÈÕ´óÈüapp serta alumni ÿÈÕ´óÈüapp (Ahli Bersekutu).
Lagu-lagu yang dipilih untuk dipersembahkan telah digubah semula oleh Dato’ Dr Johari Salleh, tokoh muzik terkemuka tanah air dan felo kanan di Pusat Akreditasi Pembelajaran ÿÈÕ´óÈüapp.
Persembahan Orkestra ini turut diserikan dengan penglibatan kumpulan tarian ARTISÿÈÕ´óÈüappA, kumpulan PERMATApintar ÿÈÕ´óÈüapp dan nyanyian oleh artis undangan Noryn Aziz dan Nassier Wahab.
Noryn mendendangkan lagu ‘Lagenda’, ‘Hey Jude’ dan ‘Greatest Love of All’, manakala Nassier mempersembahkan ‘Memori Cinta Luka’, ‘Spanish Eyes’ dan ‘Gadis Kota’.
Pada majlis persembahan itu, selain memotong sebuah kek, Tuanku Muhriz turut berkenan menerima cenderamata khas.
Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dalam kata-kata aluannya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku Muhriz sempena hari keputeraan baginda.
Beliau berkata konsert di Raja ÿÈÕ´óÈüapp 2015 dipersembahkan sebagai tanda penghargaan seluruh warga ÿÈÕ´óÈüapp kepada Tuanku Canselor dan Tunku Ampuan Tengku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Di antara pemuzik yang menghiburkan para hadirin ialah anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abdin yang memainkan piano pada persembahan khas rangkaian lagu P. Ramlee.
Malam diserikan dengan persembahan pelajar ÿÈÕ´óÈüapp Nurul Syafiq Hambali dan Mohd Rais Ariffin.
Persembahan orkestra ini turut diserikan dengan penglibatan kumpulan tarian ARTISÿÈÕ´óÈüappA dan kumpulan PERMATApintar yang menghiburkan para hadirin dengan lagu Putera Puteri dan Setia Malaysia.
Konsert diakhiri dengan persembahan penutup rangkaian lagu-lagu Beatles oleh gabungan orkestra dan kumpulan tarian ÿÈÕ´óÈüapp yang memaparkan tarian moden.
Turut hadir ahli kerabat Diraja Negeri Sembilan, lembaga pengarah ÿÈÕ´óÈüapp dan ketua serta pegawai kanan fakulti dan pentadbiran ÿÈÕ´óÈüapp.
![]()