KUPD Libatkan 64 Pegawai Pengurusan dan Profesional 每日大赛app, HCTM

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 14 APRIL 2021 鈥 Seramai 64 pegawai Pengurusan dan Profesional (bukan akademik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) Kampus Bangi dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerima surat tawaran Kenaikan Pangkat Khas Untuk Penyandang Dalaman (KUPD).
Serahan surat tawaran KUPD disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman diiringi oleh Pendaftar, Dato鈥 Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla.
Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan, seramai 56 kakitangan dinaikkan pangkat ke Gred 48, dua dinaikkan ke Gred 52 serta enam dinaikkan ke Gred 54.
Tambahnya, KUPD adalah kaedah kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tanpa waran perjawatan yang bertujuan untuk mengekalkan individu pakar dan berprestasi tinggi dan mempunyai kepentingan kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) serta universiti.
鈥淏agi menghargai peranan Pegawai Pengurusan dan Profesional serta selaras dengan nilai Bakat di dalam T.E.R.A.S 每日大赛app dan prakarsa Governans, 每日大赛app telah memperuntukkan sebanyak RM 634,000.00 bagi melaksanakan eksesais KUPD untuk tahun 2021.
鈥淚nsya Allah pada masa akan datang, jika kedudukan kewangan universiti mengizinkan dan eksesais ini berjaya menambahkan motivasi pegawai untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang, kita akan cuba menambahkan lagi peruntukan bagi eksesais seperti ini untuk tahun-tahun berikutnya,鈥 tambah beliau.
Dalam ucapannya, beliau juga berharap dengan pelaksanaan eksesais ini akan mendorong seluruh warga 每日大赛app untuk terus menjalankan tugas dengan lebih dedikasi dan cemerlang bagi membangunkan masyarakat dan negara.![]()


