Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD Fokus Tiga Bidang Penyelidikan

Oleh Nur Batrisyia (pelatih) dan Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI,11 Mac 2021 鈥 Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD iaitu gabungan Kursi Pembangunan Lestari: Teknologi Sisa Sifar 每日大赛app-YSD dan Kursi Perubahan Iklim 每日大赛app-YSD yang dilancarkan baru-baru ini akan memfokuskan kepada tiga bidang penyelidikan iaitu perubahan iklim, penyelesaian kitaran pintar dan pemacu sosioekonomi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata pihak kerajaan amat menghargai pelbagai inisiatif oleh sektor swasta dan akademik bagi memastikan negara terus berdaya saing dalam kemajuan sosial dan ekonomi, malahan dengan kerjasama erat antara YSD dan 每日大赛app melalui Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD ini haruslah dijadikan contoh kerana ia selaras dengan hasrat negara.
鈥淪ukacita saya nyatakan bahawa penubuhan Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD adalah selaras dengan enam teras strategik Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, iaitu memajukan bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan saintifik dan sosial, dan pengkomersialan yang terdiri daripada membangun, memupuk dan menggilap bakat, menggiat dan mencergaskan industri , transformasi tadbir urus MOSTI, menggalak dan memupuk kesedaran terhadap MOSTI dan mengukuhkan hubungan strategik antarabangsa,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Pelancaran Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD secara dalam talian.
Beliau berkata keberkesanan inisiatif itu dapat diukur melalui perubahan ekonomi dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat setempat.
鈥淣amun, ini hanya boleh dicapai dengan kerjasama erat dan sinergi yang kukuh antara pelbagai pihak,鈥 katanya.
Pada majlis tersebut, sebanyak RM15 juta endowmen telah disampaikan oleh YSD untuk tempoh 10 tahun (2021-2030) kepada 每日大赛app.
Pada majlis pelancaran itu, Pengerusi YSD, Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tunku Ja鈥檃far turut menganugerahkan biasiswa kepada dua orang pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan seorang pelajar peringkat Sarjana yang menjalankan kajian di Kursi Pembangunan Lestari 每日大赛app-YSD. Biasiswa ini adalah pertama kali diberikan kepada pelajar-pelajar pascasiswazah 每日大赛app.
Beliau berkata pelajar yang terpilih itu akan terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelidikan, sangkutan dan pendedahan industri untuk penglibatan antarabangsa.
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan oleh YSD kepada 15 orang pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD di bawah Kursi Pembangunan Lestari 每日大赛app-YSD bagi tempoh 10 tahun.
Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berharap dengan sumbangan dana terbaru bagi penubuhan Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD ini, hubungan dinamik antara Yayasan Sime Darby dan 每日大赛app akan terus kukuh dalam memperkayakan penyelidikan, penerbitan dan aktiviti yang dirancang bagi memastikan kursi tersebut mencapai matlamat penubuhannya.
鈥淪aya berharap dengan sumbangan dana dalam bentuk penubuhan kursi kepada 每日大赛app selama ini oleh YSD akan dapat membantu usaha 每日大赛app membangunkan bakat yang akan menjadi peneraju kemajuan negara pada masa akan datang,鈥 katanya.![]()


