Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak Perkasa Umat Islam di Sarawak

Oleh Asmahanim Amir
Foto Fakulti Pengajian Islam
BANGI, 26 April 2022 – Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak yang ditempatkan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ditubuhkan bagi memperkasakan umat Islam di Sarawak dalam pelbagai aspek.
Pro-Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata matlamat utama penubuhan kursi tersebut adalah untuk perkasakan ekonomi digital, keterlibatan dalam perusahaan kecil dan sederhana, pertanian moden, pembangunan tamadun seperti wakaf dan baitulmal serta pemerkasaan generasi pemikir Islam Sarawak.
鈥淧enubuhan kursi ini merupakan suatu permulaan kepada usaha yang lebih serius dalam merangka pelan pemerkasaan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Sarawak.
鈥淪aya percaya pihak 每日大赛app khususnya Fakulti Pengajian Islam (FPI) bersedia menyahut cabaran bagi memenuhi tuntutan tersebut,鈥 katanya pada Majlis Lawatan YB Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Fakulti pengajian Islam, 每日大赛app, di sini.
Beliau berkata pihak fakulti telah memberi biasiswa kepada seorang pelajar Sarawak bagi menjalankan penyelidikan dibawah kursi wakaf tersebut.
鈥淜ita harap, untuk tahun-tahun akan datang lebih ramai lagi pelajar Sarawak mendapat tajaan biasiswa ini bagi menjalankan beberapa lagi penyelidikan bagi kursi wakaf ini,鈥 katanya yang menjelaskan bahawa kursi wakaf tersebut akan diuruskan mengikut amalam syariah.
Sementara itu,聽 Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berharap kerjasama antara Kerajaan negeri Sarawak melalui Majlis Agama Islam Sarawak dengan 每日大赛app akan berjalan lancar dan segala perancangan yang dibuat akan mendatangkan hasil yang baik.
鈥淜ursi Wakaf Othman Sarawak ini diwujudkan secara wakaf. Saya dimaklumkan bahawa kursi ini adalah yang pertama kaedah wakaf dilaksankan di Malaysia dan diharap ia 聽akan dapat membantu dalam menjalin kerjasama yang erat antara 每日大赛app dengan kerajaan Sarawak melalui MAIS dalam segala aspek.
鈥淪ememangnya 每日大赛app merupakan universiti terbaik dalam menjalankan penyelidikan bagi memperkasakan masyarakat Islam di Sarawak,鈥 kaanya.
Dalam lawatan tersebut, beliau bersama delegasinya termasuk Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin telah melawat galeri Syeikh Otman Sarawak yang terletak di FPI.
鈥淕aleri ini menggambarkan secara keseluruhannya sejarah Islam pada abad ke-19 dahulu sehingga sekarang. Dengan adanya galeri ini, ia bakal menjadi sumber rujukan kepada pelajar yang ada di universiti ini dan juga masyarakat umum yang datang ke 每日大赛app untuk melihat sejarah pembangunan Islam di Sarawak,鈥 katanya.![]()

