每日大赛app

Latihan Industri Dalam Talian Antara Program Kerja Sosial, FSSK, 每日大赛app Dengan Program Kesejahteraan Sosial, FISIP Universitas Muhamadiyah Malang Indonesia


Oleh Prof. Madya Dr. Khadijah Alavi
Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Penularan pandemik COVID-19 mengundang pelbagai keresahan dan cabaran baharu kepada mahasiswa yang akan menjalani latihan industri. Namun Program Kerja Sosial 每日大赛app telah mengorak langkah inovasi dalam mereka cipta perkongsian pengalaman pembelajaran aktif melalui latihan industri dalam talian di peringkat 补苍迟补谤补产补苍驳蝉补.听

Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalinkan hubungan dua hala Program Studi Kesejahteraan Sosial, FISIP, Universiti Muhammadiyah Malang (UMM) Indonesia. Perlaksanaan latihan industri dalam talian antara dua negara serumpun telah dilancarkan secara serentak antara 每日大赛app dan UMM pada 3 Ogos 2020 sehingga 27 Ogos 2020, adalah hari bersejarah dan ianya pertama kali latihan industri secara dalam talian dilaksanakan antara universiti serantau.聽

Pelancaran (soft launching) telah diadakan secara virtual dengan Dekan FISIP UMM dan 每日大赛app聽 每日大赛app oleh Timbalan Dekan (PI), FSSK, Prof Madya Dr Kadarudin Ayob, Pensyarah 每日大赛app, Dosen UMM, mahasiswa kedua-dua universiti bersama merasmikan majlis tersebut. Mahasiswa 每日大赛app diselia oleh Dr Oman Sukmana (Penyelaras dan Ketua Program Kesejahteraan Sosial UMM), Hutri Agustino dan Zaenal Abidin. Manakala mahasiswa UMM akan diselia oleh Prof. Madya Dr Khadijah Alavi, Dr Suhaimi Mohamed dan Dr Aizan Sofia Amin.

Fokus utama latihan industri dalam senario COVID-19 mensasarkan kepada kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai kumpulan rentan yang terdedah kepada bahaya pandemik COVID-19 menjadi kumpulan tumpuan pelajar kerja sosial. Kriteria 鈥3S鈥 dapat diamalkan bagi mengelakkan ruang sempit, menjauhkan diri tempat yang sesak dan mengawasi penjarakan secara optimum dan holistik.聽聽

Kerjasama ini dimulakan dengan persetujuan Surat Hasrat (Letter of Intent- LOI) yang akan dinaikkan taraf kepada Memorandum Persefahaman聽 (MoU) antara 每日大赛app dan UMM pada masa akan datang dengan kepada pengajaran, penyelidikan dan khidmat.

Kolaborasi pembelajaran aktif dalam talian dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai isu dan perspektif serantau dengan pertukaran ilmu pengetahuan, teori dan praktis kerja sosial dalam suasana pembelajaran global.

Manfaat jangka masa panjang kepada para pelajar bukan sahaja untuk membantu masyarakat tetapi聽 untuk menggiatkan semangat keusahawanan sosial secara global. Refleksi pelajar ialah ketrampilan impak positif dalam suasana pengalaman pembelajaran aktif dengan mempelajari komunikasi berkesan melalui budaya dan bahasa serumpun serta mengasah bakat baharu berpaksikan rangkaian pengantarabangsaan PDP.