Lima IPT Indonesia Pilih 每日大赛app Jalin Kerjasama Strategik

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 25 Jan 2018 鈥 Lima Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia memilih Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) sebagai rakan strategik bagi mengembangkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.
Lima institusi berkenaan ialah Universitas Bangka Belitung, Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sheikh Abdurahman Siddik (SAS) Bangka Belitung, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonom (STIE) Pertiba, Sekolah Tinggi Ilmu Hukum (STIH) Pertiba, Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP) Muhammadiyah Bangka Belitung.
Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kerjasama itu menjadi asas kepada 每日大赛app dan Provinsi Bangka Belitung dalam bertukar pandangan, idea dan aktiviti bagi meningkatkan taraf pengajian siswazah di 每日大赛app dan Institusi Pengajian Tinggi Daerah Provinsi Kepulauan Bangka Belitung.
鈥淜erjasama menerusi MoU ini dapat melebarkan lagi percambahan ilmu yang akan memberi impak yang tinggi bukan sahaja kepada kedua-dua Negara tetapi juga kepada kepulauan rantau ini,鈥 katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dengan IPT Daerah Provinsi Kepulauan Bangka Belitung di Bilik Majlis, Bnagunan Canselori, baru-baru ini.
Beliau berkata 每日大赛app akan menggerakkan seluruh sumber untuk memastikan segala matlamat dan aspek yang dihasratkan di dalam MoU itu tercapai.
鈥淪aya berharap kerjasama ini akan memberi impak yang positif kepada komuniti di kedua-dua Negara dalam mengukuhkan hubungan kerjasama antara Malaysia-Indonesia,鈥 katanya.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Kepulauan Bangka Belitung, Drs Abdul Fatah M. Si berkata, kerjasama 每日大赛app dengan institusi pengajian tinggi Bangka Belitung akan meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan staf di institusi tersebut.
鈥淪aya yakin kerjasama ini dapat memberi hasil yang berguna dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,鈥 katanya.![]()


