Lucrative Images Wakil ÿÈÕ´óÈüapp Di Kejohanan Kebangsaan SME-University Internship 2015

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 13 Okt 2015 – Syarikat Lucrative Images telah dinobatkan sebagai juara Program Industri Kecil dan Sederhana SME-University Internship 2015 Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp).
Lucrative Images, yang mengemukakan projek bertajuk Grace Consultants, akan mewakili ÿÈÕ´óÈüapp di peringkat Kebangsaan kejohanan  SME-University Internship 2015 pada 3 November 2015 di Sunway Putera Hotel di Kuala Lumpur.
Tempat kedua jatuh pada syarikat Norzey Delight dan Creations untuk projek mereka Forward Solutions Consultancy.
Para peserta telah diadili oleh panel empat juri profesional dalam pembentangan akhir, termasuk Pengarah Kanan SME Corporation Malaysia, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Meor Kamal Azhar Meor Hamzah Lofti.
Sebelum itu, ketika melancarkan pembentangan akhir, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dr Imran Ho Abdullah berkata ÿÈÕ´óÈüapp komited kepada inovasi dalam pemasaran untuk pelajar dan kakitangan.
Katanya, beliau mengharapkan semua pelajar terlibat, bukan hanya mereka dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Turut hadir ialah Khairiyah Jaafar, Pengurus, Bahagian Pembangunan Perniagaan, SME Corporation Malaysia, dan Mohd Azmi Kasim, Ketua Pentadbiran, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (ÿÈÕ´óÈüapp-CESMED).
Di bawah program SME-University Internship, empat kumpulan pelajar dari fakulti yang berbeza bekerja untuk sebuah syarikat EKS, masing-masing dengan tiga pensyarah ÿÈÕ´óÈüapp dan penasihat perniagaan dari SME Corp untuk membimbing mereka.
Mereka bersaing antara satu sama lain dan juara akan mewakili ÿÈÕ´óÈüapp di peringkat antara universiti program SME-University Internship pada bulan November tahun ini.
Peserta-peserta terdiri daripada pelajar semua fakulti dan bukan hanya mahasiswa perniagaan atau ekonomi.
Kejohanan yang bermula pada tahun 2012, dianjurkan oleh SME Corporation Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
Ia bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam ‘memulihkan’ perniagaan kecil dan membawa kesan positif kepada perusahaan kecil dan sederhana.![]()


