每日大赛app

Mahasiswa 每日大赛app Dinobat Sebagai Ratu Sari

By Tengku Nursharina Tengku Amri

Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Bhavithra A/P Subramaniam telah dinobatkan sebagai Ratu Sari 2016 pada majlis makan malam amal sempena ulangtahun ke-86 Persatuan India Melaka (MIA) yang berlangsung di Hotel Equatorial, Melaka baru-baru ini.

Bhavithra 22, dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi tempat pertama antara 12 finalis yang bertanding, kerana ramai peserta yang berpotensi dan dirasakan lebih layak.

鈥淪aya menyertai pertandingan Ratu Sari atas galakkan ibu bapa.

鈥淏apa saya yang membawa saya masuk ke pertandingan ini, malah sari yang saya peragakan juga di sediakan oleh ibu,鈥 tambah beliau.

Menurut beliau itu adalah pengalaman pertamanya dalam bidang peragaan dan pertandingan tersebut secara tidak langsung membantunya meningkatkan keyakinan diri.

鈥淏uat masa ini saya masih belum ada perancangan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan.

鈥淪aya mahu fokus pada pelajaran terlebih dahulu memandangkan tahun ini adalah tahun akhir saya berada di 每日大赛app sebelum menerima ijazah pada tahun hadapan,鈥 katanya.

Katanya beliau amat gembira kerana berpeluang menyertai pertandingan Ratu Sari dan bertanding bersama barisan professional yang lain.