每日大赛app

Mahir Berpasukan Dan Insaniah Ciri Utama Majikan Cari Pada Graduan Universiti

Teamwork and Personnel Skills Traits Employers Look For In DonsOleh Nasrullah Uul (Pelajar Pelatih 每日大赛app)
Foto Ikhwan Hashim & Izwan Azman

BANGI, 8 April 2015 鈥 聽Kerja berpasukan adalah di antara ciri-ciri utama yang majikan di sektor swasta mahukan dalam kakitangan mereka apabila memilih calon di kalangan para graduan universiti.

Ketua Pengarah Ekspo Kerjaya Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) 2015 Nur Fatin Binti Mohamad Farid berkata di antara kriteria lain yang diperlukan oleh syarikat ialah, kemahiran komunikasi, pengalaman organisasi, mudah聽 menyesuaikan diri dengan sekitaran聽 baru, 聽memiliki banyak kemahiran serta melakukan pelbagai tugas sekaligus.

Nur Fatin, seorang pelajar tahun 2 dari Fakulti Undang-Undang mengingatkan 聽pelajar akan pentingnya kemahiran聽 komunikasi serta kecerdikan dalam membangun hubungan.

Menurut beliau pada masa yang akan datang kita dituntut miliki kemampuan yang berbeza dari yang lain, dan ia boleh didapati melalui kerja-kerja amal聽 dan pengalaman organisasi.

鈥淭idak guna kita mendapatkan PNGK 3.5 keatas聽 tetapi menghiraukan program 鈥損rogram yang bersifat Amali;聽 teori yang dipelajari dalam kuliah semestinya menjadi amalan dalam kehidupan sehari-hari ,鈥 kata Nur Fatin.

Ekspo Kerjaya 每日大赛app 2015 yang melibatkan 40 syarikat swasta telah berjaya menemuduga 200 pelajar dari pelbagai universiti tempatan, bagi memudahkan usaha mencari pekerjaan bagi bakal graduan.

Kata beliau, Ekspo ini platform terbaik untuk bertemu dengan wakil industri dan bertanya mengenai bidang kerjaya yang ditawarkan 聽melalui proses temuduga yang diadakan.

Selain itu ia dapat mengukuhkan hubungan antara institusi dan swasta 聽sehingga聽 tercipta suatu ruang tempat dimana industri boleh mempromosikan perniagaan聽 mereka serta mencari bakat-bakat baru.

Ianya juga dapat membantu pelajar dalam merancang halatuju kerjaya, maka聽 dengan itu pelajar dapat memastikan tempat dalam pasaran kerjaya.

Hari kerjaya 每日大赛app 2015 adalah program yang dianjurkan聽 oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain (KIZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Karier (每日大赛app-KARIER) dan bahagian Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat 每日大赛app.

Dengan membawa tema聽 ‘Rebut Peluang, Capai Impian’ Hari Kerjaya 每日大赛app 2015 ini聽 dirasmikan oleh聽 Menteri Pendidikan II Malaysia Dato鈥 Seri Idris Jusoh.

Ia telah berjaya membawa 40 Majikan/Industri ke 每日大赛app dan mensasarkan 6,000 pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan graduan 每日大赛app serta universiti tempatan lain termasuk dari Pantai timur seperti Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaya.

Berlangsung selama dua hari – 7 hingga 8 April 鈥 ia telah dikendalikan sepenuhnya oleh 40 orang ahli jawatankuasa daripada pelajar 每日大赛app Kolej Ibu Zain.

Acara kali ini melibatkan 10 syarikat Multinasional Jepun seperti Honda Malaysia Sdn Bhd, Sony EMCS Malaysia Sdn Bhd, UMW Toyota Group, Hitachi, Denso, Toray, Panasonic, Hiro Food dan ROHM Wako.

Penaja utama bagi program ini adalah Maybank serta beberapa rakan industri seperti Jobstreet dan GTI Media.
ukmnewsportal-bm